Skandal Jamil Khir Salah Guna Wang Zakat – Yayasan Taqwa Mohon RM1 Juta, Jamil Khir Lulus Rm4 Juta ?

KUALA LUMPUR, 13 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia mempersoalkan bagaimana orang yang sama iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir yang merupakan Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan memegang jawatan Pemegang Amanah Yayasan Taqwa boleh memohon dan meluluskan peruntukan dari Baitulmal MAIWP.

Ketuanya, Nasrudin Hassan pada sidang media di Ibu Pejabat PAS mendakwa, perkara tersebut menimbulkan persoalan bagaimana jumlah permohonan berjumlah RM1 juta tetapi diluluskan RM4 juta itu dilakukan oleh Jamil Khir yang merupakan pemohon serta yang meluluskan permohonan tersebut.

“Persoalan ini perlu dijawab dan kami mahu Jamil Khir menjelaskan perkara tersebut yang telah menimbulkan tanda tanya bagaimana beliau yang juga merupakan Pengerusi MAIWP dan juga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa boleh meluluskan permohonan tersebut.

“Dalam pada itu juga permohonan Teruskan membaca

Advertisements

Jamil Khir Salahguna Wang Yayasan Taqwa (MAIWP) Berkempen Di Parlimen Jerai, Bakal Ditandinginya !

KUALA LUMPUR 2 Feb: PAS hari ini mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Datuk Seri Jamil Khir Baharom menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa untuk membiayai program politik di bahagian Jerai, Kedah.

Yayasan Taqwa adalah agensi di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang mendapat peruntukan daripada majlis berkenaan.

Mohd Nasaie berkata beliau difahamkan Jamil sedang berusaha untuk menjadi calon di kawasan berkenaan pada pilihan raya umum akan datang.

“Kita dapat maklumat pengerusi MAIWP Datuk Seri Jamil Khir guna peruntukan Yayasan Taqwa untuk biayai program politik kawasan Jerai.

“Beliau bagi mesin rumput, pam racun… Hasil negeri Wilayah Persekutuan diberikan kepada penduduk miskin di negeri itu contohnya untuk penduduk setinggan, penduduk PPR, tetapi ambil pergi ke Jerai,” kata naib ketua pemuda PAS Wilayah Persekutuan  Mohd Nasaie Ismail

Mohd Nasaie yang juga adalah setiausaha akhbar presiden Teruskan membaca

Skandal Zakat Datuk Jamil Khir – PKR Dedah Bukti Dokumen Salahguna RM63 Ribu Wang Zakat !

PETALING JAYA 11 Jan: KEADILAN  tampil mengemukakan bukti dakwaan salahguna wang zakat oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), yang dinafikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharum.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, bukti pertama ialah set dokumen daripada MAIWP sendiri termasuk baucer bayaran bertarikh 29 April 2010 sebanyak RM32,150.00.

Manakala bukti kedua merupakan surat Ketua Audit Negara, Tan Sri Dato’ Setia Ambrin Buang kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara, Datuk Seri Azmi Khalid yang mengesahkan RM63,650 wang zakat Teruskan membaca

Datuk Seri Jamil Khir Baharom Guna Wang Zakat Cetak Buku Memburukkan PAS !

KUALA LUMPUR 2 Nov: Ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar menuntut penjelasan segera Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom kerana menyeleweng wang zakat untuk tujuan politik.

Mahfuz menunjukkan surat arahan Jamil kepada Yayasan Taqwa untuk membayar sebuah syarikat yang membekal buku bertajuk ‘ Bukti Pas bukan parti Islam’

Berdasarkan satu surat, katanya, menteri itu didakwa mengarah Yayasan Taqwa membayar kepada sebuah syarikat yang membekal buku bertajuk ‘Bukti Pas bukan parti Islam’ kepada sekumpulan imam dan bilal.

Yayasan Taqwa ialah badan yang berada di bawah kementerian Jamil Khir yang menerima dan mengagih wang zakat.

Buku itu pula diberi kepada sekumpulan bilal dan imam masjid dalam sebuah program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Teruskan membaca

Pemimpin UMNO Kaya Raya – Datuk Seri Jamil Khir Miliki Rumah Mewah Bernilai Jutaan Ringgit, Baru 3 Tahun Jadi Menteri !

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin menggesa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Agama Islam, Datuk Seri Jamil Khir menjelaskan rumah mewahnya yang dianggar menelan jutaan ringgit.

Keraguan timbul apabila menteri yang baru dilantik 3 tahun  oleh Perdana Menteri dan hanya memiliki gaji tidak menjangkau RM15,000 itu, mampu memiliki kediaman mewah dalam masa yang singkat.

“Kalau dia (Jamil Khir) rasa seorang yang berpegang teguh terhadap agama dan ada kebertanggungjawaban terhadap negara, dia perlu  jujur menjelaskan kekayaan sebelum dan selepas (menjadi menteri),” katanya mengulas isu  yang didedah oleh akhbar Suara Keadilan semalam.

Khairul berkata ia bukan perkara memeranjatkan kerana menjadi kebiasaan menteri yang ditadbir Kerajaan Barisan Nasional (BN) hidup mewah.

Beliau merujuk kes bekas Menteri Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang mencetus kontroversi kerana kos kediamannya dikatakan melebihi kemampuan sebagai menteri besar yang berkhidmat selama lapan tahun.

“Rakyat pun tidak terperanjat dengan isu yang sudah dianggap biasa ini. Oleh itu, jika beliau (Jamil) ada sedikit rasa tanggungjawab dengan imej dan kedudukannya, beliau perlu tampil memberi penjelasan.

“Walaupun (dia) Jamil Khir merupakan Menteri Agama namun ia bukanlah jaminan beliau berperangai seperti Menteri-menteri lain” katanya kepada Keadilandaily.

Sebelum ini KEADILAN pernah mempersoalkan kehilangan RM32,000 wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) didakwa membiayai yuran guaman Jamil Khir dan Pengarah Jabatan Islam (JAWI), Datuk Che Mat Ali.

Ia terbongkar melalui kenyataan media Timbalan Menteri di Jabatan Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim, beberapa bulan lalu.

Wang zakat tersebut didakwa digunakan bagi menghalang permohonan qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari Azlan, sedangkan Jamil dan Che Mat tidak tergolong dalam kategori yang layak menerima zakat.

keadilandaily

Share

Menteri Umno Salahguna Duit Zakat – Datuk Jamil Khir Guna Duit Zakat Biaya Yuran Guaman ?

KUALA LUMPUR, 22 Jun: Saifuddin Nasution (PKR-Machang) menuntut kerajaan menjelaskan mengenai salah guna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM32,000.

Jumlah itu didakwa dikeluarkan bagi membiayai yuran guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali.

“Yang saya bangkitkan ialah penggunaan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bernilai RM32 ribu yang digunakan untuk membayar khidmat peguam yang mewakili menteri dan pengarah Jawi Datuk Che Mat Ali,” kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Kedua individu itu sebelum ini diambil tindakan mahkamah kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam kes Qazaf membabitkan kes Fitnah II ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semalam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah sendiri mengakui yuran guaman Jamil Khir dan Che Mat Ali dibayar dengan wang peruntukan berkenaan.

Saifuddin yang juga setiausaha agung PKR turut mempersoal tindakan Che Mat yang meluluskan sendiri peruntukan itu memandangkan beliau juga merupakan setiausaha MAIWP.

“Saya timbulkan semalam, yang disaman ialah pengarah Jawi Che Mat Ali, yang meluluskan wang zakat ini setiuasaha Majlis Agama Islam Wilayah Che mat Ali juga orang yang sama.

“Jadi setiausaha MAIWP Che Mat Ali memohon peruntukan daripada Che Mat Ali. Beliau meluluskan permohonan kepada beliau sendiri. Ini salah,” katanya.

Menurutnya lagi, dari segi hukum agama juga, kedua individu berkenaan tidak tergolong dalam kategori mereka yang layak menerima wang zakat.

“Apakah Menteri dan Pengarah Jawi termasuk dalam asnaf yang lapan, yang layak menerima zakat? Sudah tentulah jawapannya sangat terang, tidak,” tegas Saifuddin.

Justeru beliau akan menulis surat kepada jawatankuasa kira-kira wang negara (PAC)menuntut tindakan segera diambil.

“Kita perlukan penjelasan sebab melibatkan pengkhianatan pengagihan wang zakat yang tidak tepat,” katanya.

Semalam, Saifuddin membangkitkan perkara tersebut sewaktu perbahasan perbekalan tambahan 2011 di peringkat jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri.

petikan dari harakahdaily