Timbalan Menteri UMNO, Gasak Duit Rakyat Melalui Konsesi UiTM Tapah?

Tajuddin-Abdul-RahmanKUALA LUMPUR 24 JUN: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Rahman mempunyai pegangan minoriti di dalam konsesi penswastaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus cawangan Tapah.

“Hari ini saya mengesahkan bahawa Datuk Tajuddin Rahman, Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Timbalan Menteri Pertanian adalah pemimpin Umno yang mempunyai pegangan minoriti di dalam konsesi penswastaan UiTM kampus cawangan Tapah.

“Ini mengulangi perkara yang sama di dalam konsesi-konsesi penswastaan kampus cawangan UiTM yang lain apabila setiap syarikat konsesi turut mempunyai kaitan dengan pemimpin Umno atau ahli perniagaan yang rapat dengan Umno,” kata Rafizi pada kenyataan.

Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, konsesi penswastaan UiTM cawangan itu dianugerahkan kepada UniTapah Sdn Bhd dengan konsesi selama 23 tahun untuk membina dan menyewakan kembali kampus itu kepada UiTM.

Kata Rafizi, salah seorang pengarah UniTapah Sdn Bhd ialah Sri Rahayu Tajuddin, iaitu anak kepada Tajuddin.

“Sri Rahayu juga pernah menjadi Setiausaha Umno Bahagian Pasir Salak yang diketuai oleh Tajuddin,” katanya.

Rafizi turut mendedahkan, hubungan seorang pengarah UniTapah Sdn Bhd, K Vignesh Naidu dengan Tajuddin melalui usahasama perniagaan.

Menurutnya, selain UniTapah Sdn Bhd, Tajuddin dan Vignesh mempunyai hubungan dalam sebuah syarikat pembinaan, Everfine Resources Sdn Bhd dengan Tajuddin sebagai pengerusi dan Vignesh sebagai pengarah.

Jelas Rafizi, kepentingan Tajuddin dalam syarikat konsesi pembinaan kampus UiTM Tapah dipegang melalui Detik Utuh Sdn Bhd yang mempunyai 9.8% kepentingan dalam UniTapah Sdn Bhd; manakala saham selebihnya dipegang syarikat pembinaan yang disenaraikan di Bursa Kuala Lumpur, Crest Builder Holdings Berhad (melalui Crest Builder International Sdn Bhd).

Tajuddin memiliki 450,000 saham di dalam Detik Utuh Sdn Bhd, menjadikan beliau pemegang saham terbesar.

Saham-saham selebihnya dimiliki oleh Vignesh Naidu (150,000 saham) dan Obata-Ambak Holdings Sdn Bhd (400,000 saham).

Obata-Ambak Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang dikawal oleh keluarga isteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Pengarah-pengarah di dalam Detik Utuh Sdn Bhd adalah individu-individu yang rapat dengan Tajuddin iaitu anaknya sendiri (Sri Rahayu) dan kenalan perniagaan beliau iaitu Vignesh Naidu dan Haniff Mahmood,” dedah Rafizi lagi.

Beliau menambah, walaupun pegangan Tajuddin dalam syarikat konsesi terbabit tidak sebesar pegangan ahli-ahli politik Umno yang lain dalam konsesi yang didedahkan sebelum ini, ia mengesahkan bahawa setiap konsesi penswastaan kampus cawangan UiTM menguntungkan ahli politik Umno dengan bayaran sewa yang cukup membebankan rakyat.

keadilandaily

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s