Kerajaan Bayar Sewa Kampus UiTM RM8.6 Bilion Kepada 6 Sykt UMNO?

DSC03080MP Pandan Rafizi Ramli mendakwa kerajaan terpaksa menanggung kos sewaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) hampir lima kali ganda lebih mahal berbanding jika membinanya sendiri

Rafizi mendakwa kos membina enam kampus cawangan UiTM dianggarkan sebanyak RM1.8 bilion sahaja sedangkan jumlah keseluruhan bayaran konsesi tahunan kepada enam syarikat itu selama 23 tahun sebanyak RM8.6 bilion.

Bercakap dalam sidang media, beliau mendakwa syarikat konsesi itu dimiliki “pemimpin Umno, kroni rapat atau yang memegang jawatan dalam Umno” dan beliau akan mendedah serta memperincikannya bermula Isnin depan.

“Barulah rakyat dapat memahami bahawa Umno tidaklah membela UiTM seperti yang selalu dilaungkan, malah sekarang Umno menggunakan UiTM dengan cara membebankan UiTM dengan bayaran konsesi untuk mengayakan pimpinan-pimpinan Umno dan kroni mereka,” katanya.

Enam syarikat dilantik sebagai pemegang konsesi yang dilantik antara tahun 2009 hingga Mac tahun ini, bagi membina enam kampus di Pasir Gudang (Johor), Jasin (Melaka), Seremban II (Negeri Sembilan), Puncak Alam (Selangor), Tapah (Perak) dan Kota Samarahan (Sarawak).

Dalam jawapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung perkara itu, Rafizi berkata kos membina setiap kampus antara RM280 juta ke RM315 juta, sedangkan dalam perjanjian konsesi 23 tahun, kerajaan bersetuju membayar sewa tahunan antara RM56 juta sehingga RM69 juta setiap satu.

Ini bermakna, kata pengarah strategik PKR itu, kerajaan selepas ini akan menanggung bayaran konsesi tahunan yang dianggarkan RM375 juta.

“Bagi tahun 2014, bayaran sewa konsesi sebanyak RM234 juta adalah 11 peratus dari keseluruhan peruntukan kepada UiTM tahun ini iaitu sebanyak RM2.15 bilion,” kata Rafizi lagi.

malaysiakini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s