14 Projek Polis Bernilai 1 Bilion Terbengkalai, Umno Gagal Mentadbir?

PETALING JAYA: Jawatanknur-jazlanuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil semua kementerian berkaitan bagi memberikan keterangan berkaitan sekurang-kurangnya 14 projek polis seluruh negara yang terbengkalai.

“Saya terkejut apabila membaca kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar apabila sekurang-kurangnya 14 Ibu Pejabat Polis di Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan dan Sabah bernilai kira-kira RM1 billion masih gagal disiapkan sehingga ada yang sudah terbengkalai sejak 10 tahun lalu,” kata Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed dalam satu kenyataan.

Menurut Nur Jazlan, tindakan tegas diambil kepada kontraktor yang gagal menyiapkan projek berkenaan mengikut jadual termasuk menyenaraihitamkan syarikat terbabit daripada mendapat semua projek kerajaan

“Kegagalan menyiapkan projek infrastruktur keselamatan seperti itu, memberikan imej buruk kepada kerajaan sekaligus menimbulkan pelbagai keraguan dan persepsi negatif terhadap tender projek terbabit,” katanya lagi.

Nur Jazlan bagaimanapun berkata Kementerian Dalam Negeri, tidak harus dipersalahkan dalam isu kelewatan pembinaan berkenaan, memandangkan pembinaan projek berkenaan terletak di bawah bidang kuasa Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Kementerian Kewangan.

Tegas Nur Jazlan, soal kelewatan pembinaan infrastruktur kerajaan tidak boleh dipandang ringan kerana ia membabitkan kepentingan rakyat selain perancangan terhadap pembinaannya bukan baru dilakukan.

“Saya tidak faham mengapa soal kelewatan pembinaan projek kerajaan terus berlaku di negara ini, kita bukan baru membina bangunan kerajaan sudah lebih lima dekad sejak merdeka, jadi mengapa berlaku kelewatan.

“Dimanakah salahnya dan siapakah yang bersalah…seseorang perlu memberikan penjelasan dan memikul tanggungjawab terhadap kelewatan ini,” kata Ahli Parlimen Pulai itu.

Sehubungan itu, Nur Jazlan berkata beliau akan meminta Jabatan Audit Negara untuk melakukan audit terhadap 14 projek pembinaan ibu Pejabat Polis berkenaan yang gagal disiapkan mengikut jadual.

“Saya juga akan menghubungi Ketua Audit Negara dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi menyiasat perkara ini, jika berlaku kecuaian, ketirisan dan penyelewengan sehingga menyebabkan ia gagal disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya.

Semalam, akhbar The Star melaporkan sekurang-kurangnya 14 projek polis di seluruh negara yang menelan belanja RM1 bilion terbengkalai, dipercayai kebanyakkannya adalah kerana kontraktor yang bermasalah.

Malah, satu dari 14 projek tersebut dilaporkan sudah terbengkalai selama 10 tahun kerana masalah pertukaran tanah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s