Halim Saad, Kroni Umno, Bina Loji Metanol AS700 Juta Di Kazhakstan?

7ebc0ea158091bdefedf71c36b6ce9fcTan Sri Halim Saad, melalui syarikat milik penuhnya, Markmore Sdn Bhd, menandatangani perjanjian kerangka kerja dengan Pentadbiran Wilayah Mangystau di Kazakhstan untuk membina loji metanol bernilai US$700 juta di Kuryk.

                      

 
Pemeteraian perjanjian itu dengan Gabenor Wilayah Mangystau, Aidarbayev Alik Serkovich, disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Perdana Menteri Kazakhstan Karim Massimov di Astana, Kazakhstan pada Jumaat, lapor Bernama.
 
Pada majlis yang sama, dua syarikat Malaysia yang lain dilapor turut menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan rakan sepakatan Kazakhstan masing-masing.
 
Kenmakmur Holdings Sdn Bhd menandatangani perjanjian kerangka kerja dengan pentadbiran Wilayah Mangystau untuk membangunkan loji pengekstrakan cecair gas asli (loji NGL) bernilai US$100 juta di Kuryk.
Agrostan Farms Sdn Bhd, menandatangani MOU dengan pentadbiran wilayah Zhambyl untuk memajukan penternakan haiwan dengan objektif memperkenalkan sekurang-kurangnya 500 ladang penternakan lembu mengikut standard antarabangsa di rantau ini.
 
Ketiga-tiga projek berkenaan, yang akan dilaksanakan oleh syarikat-syarikat Malaysia, bernilai US$1.1 bilion dalam jumlah pelaburan, lapor agensi berita nasional.
 
Halim berkata loji metanol itu yang dijangka siap pada 2017, merupakan usaha utama memanfaatkan rizab gas terbesar dalam lapangan Rakushechnoye, yang  dimiliki Markmore Group, melalui anak syarikat milik penuh Kazakhstan, CaspiOilGas LLP.
 
Rizab gas di medan minyak itu kini dianggarkan pada 535 bilion kaki padu.
 
“Kami tidak lagi mempunyai pilihan untuk memanfaatkannya dari segi kewangan, dan dapati bahawa pengeluaran metanol adalah pilihan yang paling berdaya maju bagi kami. 
 
“Sebagai kimia asas bagi pelbagai produk dan aplikasi, metanol adalah  satu daripada lima bahan kimia utama yang diniagakan di peringkat global mengikut jumlah dan ia mempunyai pertumbuhan permintaan yang kukuh.
 
“Pasaran boleh dicapai dengan mudah melalui rangkaian kereta api yang luas di negara-negara bekas Kesatuan Soviet,” beliau dipetik sebagai berkata.
 
Pengeluaran minyak dari medan minyak Rakushechnoye dijangka mencapai lebih daripada 2,000 tong sehari menjelang Disember tahun ini dan akan meningkat tiga kali ganda dalam dua tahun.
 
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar
Datuk Dzulkifli Mahmud berkata pemeteraian MOU itu membuka jalan kepada lebih banyak sinergi dan kerjasama antara perusahaan perniagaan kedua-dua negara.
 
Syarikat-syarikat Malaysia, katanya, boleh menggunakan Kazakhstan sebagai pintu masuk ke rantau Asia Tengah.
 
Kesatuan Ekonomi Eurasia (EEU) yang terdiri daripada Rusia, Belarus dan Kazakhstan dengan gabungan penduduk sebanyak 170 juta orang, merupakan pasaran yang menarik bagi syarikat Malaysia untuk diterokai.
 
Gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar negara-negara ini adalah kira-kira US$ 2.2 trilion.
 
Dzulkifli berkata syarikat-syarikat Kazakhstan mengharapkan teknologi terkini dalam pembinaan, minyak dan gas, francais, pendidikan dan perkhidmatan perundingan profesional.
 
MATRADE, kata beliau, akan membuka pejabat di Almaty, bekas ibu negara Kazakhstan, pada suku ketiga tahun ini.

malaysiakini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s