MB Perak Zambry Kadir Anugerah Projek Berbilion RM Kepada Ketua UMNO?

Zambry-Abdul-Kadir-300x202PETALING JAYA: PKR hari ini mempersoalkan projek berbilion ringgit untuk membina penjana kuasa hidro mini yang telah dianugerahkan kerajaan negeri Perak kepada seorang ketua bahagian Umno.

Adun Teja Chang Lih Kang dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini berkata tindakan tersebut menjadikan harta negeri seolah-olah harta Umno.

Kerajaan negeri Perak pada tahun 2012 telah menandatangani perjanjian air dengan Perak Hydro Renewable Energy Corporation (PHREC).

PHREC dimiliki oleh dua buah syarikat iaitu MB Incorporated (40%) dan Pusaka Hijau Sdn Bhd (60%). Pengarah eksekutif PHREC pula seorang ketua bahagian Umno di Perak.

PHREC kemudian diambilalih oleh Gunung Capital BHd melalui pembelian 85% saham Pusaka Hijau pada Ogos 2013.

Pengerusi eksekutifnya merupakan seorang lagi ketua bahagian Umno di Perak.

Bina 25 penjana kuasa

Perjanjian tersebut membenarkan PHREC untuk membina 25 penjana kuasa hidro mini yang berkapasiti 176 MW dalam tempoh 21 tahun.

Satu lagi perjanjian yang ditandatangani di antara kerajaan negeri dan PHREC pada 29 April 2013 menyaksikan enam lagi penjana kuasa hidro mini berkapasiti 116 MW dianugerahkan kepada PHREC.

“Berdasarkan kiraan kasar, perbelanjaan kapital setiap megawatt adalah RM10 juta. Maka 31 projek ini bernilai kira-kira RM2.92 bilion,” kata Chang.

Beliau bagaimanapun tidak pasti bahawa projek ini diperoleh secara rundingan terus atau tender terbuka.

Tambah Chang, pengerusi eksekutif Pusaka Hijau yang kini menguasai PHREC merupakan “pengambil projek kerajaan profesional”.

“Beliau telah mendapat rezeki lumayan daripada pelbagai projek kerajaan, baik kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat,” katanya.

Menurut Chang lagi, syarikat-syarikat pengerusi eksekutif Pusaka Hijau itu juga telah mendapat pelbagai kontrak yang bernilai ratusan juta ringgit.

Ini berdasarkan pendedahan yang telah dilaporkan sejak tahun 2008 yang melibatkan syarikat-syarikat tersebut.

Melalui kontrak-kontrak yang kebanyakannya diperoleh melalui rundingan terus, Chang kemudian memberitahu para wartawan bahawa beliau mengesyaki bahawa ini merupakan satu modus operandi baru.

“(Walaupun) nama beliau tidak akan terlihat apabila kontrak dianugerahkan, tetapi projek akhirnya sampai ke tangan orang yang sama,” ujarnya.

Chang kemudian menggesa  agar kerajaan negeri Perak memberikan penjelasan yang sewajarnya mengenai isu yang dipersoalkan.

freemalaysiatoday

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s