Negara Hilang RM4.9 Bilion Beri Lesen Jalur Lebar Percuma Kepada Kroni!

Perkhidmatan-jalur-lebarKUALA LUMPUR 9 APRIL: Penganugerahan lesen pengendalian jalur lebar oleh kerajaan secara percuma menyebabkan negara kehilangan sumber pendapatan sebanyak RM4.9 bilion.

Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali berkata, penganugerahan tersebut tidak melibatkan bidaan sebagaimana diamalkan seperti di  Jerman, Sweden dan United Kingdom, yang membuat proses bidaan bagi memastikan hanya syarikat yang komited mengambil bahagian dan dapat meningkatkan hasil pendapatan negara.

Beliau mempersoal tindakan kerajaan berbuat demikian sambil mengambil contoh syarikat Telekom Malaysia (TM) yang baru-baru ini menurutnya membeli 57% kepentingan ekuiti dalam Packet One dengan harga RM350.

Menurut Azmin, jika TM membeli 100% kepentingan itu, maka bolehlah dianggarkan kos bagi satu lesen perkhidmatan penyediaan perkhidmatan tersebut bernilai RM614 juta.

“Terdapat 8 lesen dan sekiranya kita beranggapan dijual dengan harga yang sama, maka jumlah kosnya adalah RM4.9 bilion,” katanya pada teks perbahasan Rang Undang-Undang berkaitan GST, Isnin lalu.

Beliau juga kesal kerana kerajaan seakan-akan tidak mengambil pengajaran daripada kegagalan beberapa syarikat yang sebelum ini diberikan penganugerahan bagi melaksanakan perkhidmatan untuk spektrum 3G dan Wimax yang akhirnya bertindak menjual lesen mereka bagi mendapatkan keuntungan mudah.

“Oleh kerana kerajaan menganugerahkannya secara percuma, sekali lagi kerajaan telah kehilangan potensi sumber pendapatan negara bernilai RM4.9 bilion,” jelas Azmin lagi sambil menegaskan sikap kerajaan itu menyebabkan kerugian kepada pendapatan negara.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s