Kroni UMNO, MYEG Bakal Berkongsi Cukai GST Dengan Kerajaan BN?

show lo logo  myegKUALA LUMPUR: PAS mendesak kerajaan mendedahkan butir perjanjian dengan syarikat MyEG yang telah mendapat kontrak membina sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) berkata, kerajaan perlu menjelaskan berapakah jumlah yang akan diperolehi MyEG hasil perlaksanaan GST itu nanti.

Beliau turut mempersoal mengapa hasil cukai tersebut perlu dibahagi sedangkan perlembagaan memperuntukkan bahawa wang hasil cukai keseluruhannya perlu dimasukkan dalam kumpulan wang yang disatukan.

“Kenapa lantik MyEG sedangkan yang dipungut ini adalah cukai.

“Kenapa tidak buat seperti LHDN, beli software sendiri, laksana sendiri  dan kutipan tak perlu bahagi kepada mana-mana pihak.

“Ini menunjukkan bahawa kerajaan tidak bersedia nak laksana GST,” kata beliau pada sidang media di parlimen hari ini sambil tidak mahu perkara sama seperti perjanjian dengan syarikat AES berulang.

Difahamkan MyEG telah berjaya mendapatkan kontrak menyediakan perisian GST dengan nilai RM180 juta.

Ekoran perjanjian projek itu, MyEG bakal berkongsi sebahagian besar daripada hasil kutipan cukai GST tersebut apabila kutipan mencapai jumlah tertentu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s