UMNO BN Bawa Masuk 2 Ekor Panda Dari China RM25 Juta, Bazir Duit Rakyat!

SHAH ALAM 7 APRIL: Tindakan KNajib pandaerajaan BN membawa dua ekor panda dari China dengan kos RM25 juta adalah tidak masuk akal dan merupakan pembaziran berulang.

Biro Kepenggunaan PKR, Yahya Shari berkata, pembaziran itu jelas bertentangan dengan seruan kerajaan yang menggesa rakyat supaya berjimat cermat ketika kenaikan harga barang dan kos sara hidup.
“Memang tidak masuk akal, belanja untuk dua ekor panda sampai RM25 Juta.

“Kerajaan kononnya nasihati rakyat supaya bejimat cermat, tetapi dalam masa sama membawa panda dengan harga RM 25 juta. Itu menunjukkan satu contoh bahawa kerajaan ini tidak berjimat langsung, ” katanya dipetik Keadilan Daily.

Kata Yahya, tindakan itu jelas merupakan keputusan kurang bijak apabila melibatkan kos terlalu tinggi, sedangkan pulangannya belum tentu berhasil.

“Saya tidak nampak perbelanjaan RM25 juta ini akan memberikan pulangan kerana hanya melibatkan 2 ekor panda dan tidak semua orang akan menyumbang dan berbelanja untuk ini.

“Ini satu contoh pembaziran yang diulang-ulang dan tidak sepatutnya dilakukan oleh kerajaan,” katanya ketika dihubungi.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel sebelum ini berkata Malaysia menerima kehadiran dua panda gergasi berkenaan dari Chengdu, China pertengahan bulan ini.

Pasangan panda yang dinamakan Fu Wa dan Feng Yi itu akan dipinjam selama 10 tahun dan diletakkan di Kompleks Giant Panda di Zoo negara.

Manakala kos pembinaan eksibit dianggar RM25 juta. Daripada jumlah itu, RM15 juta ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan bakinya oleh kerajaan.

selangorkini

Advertisements

One thought on “UMNO BN Bawa Masuk 2 Ekor Panda Dari China RM25 Juta, Bazir Duit Rakyat!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s