Rosmah Dan Rombongan Guna Duit Rakyat RM426 Ribu Bercuti Ke Qatar!

rosmah-mansor

MP Seremban, Anthony Loke hari ini mempertikaikan perbelanjaan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan rombongannya ke Qatar pada tahun lalu yang menelan belanja lebih RM400,00 seperti disahkan Menteri di Jabatan perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau merujuk kepada soalannya yang dijawab Shahidan (kanan), yang menjelaskan bahawa kos penerbangan Rosmah ke 4th Qatar International business Women Forum pada November lalu sebanyak RM426,489.46.

Shahidan menjelaskan kos itu terdiri daripada kos bahan api sebanyak RM196,614.31 dan RM229,875.15 untuk kos navigasi, terbang lintas dan agen pengendalian darat.

Menurut Loke, ia adalah satu pembaziran apabila dibandingkan dengan tiket pergi balik kelas bisnes menggunakan penerbangan Qatar Airways dan Malaysian Airlines.

“Di mana moral dia (Najib) cari ayam RM1 tetapi isteri dia menggunakan perbelanjaan kerajaan secara keterlaluan,” katanya.

malaysiakini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s