Anak Rosmah Beli Sebuah Lagi Hartanah Di Hollywood Bernilai RM58 Juta!

7f8badd3ed90d5d1053a36aec36b4a20

Riza Shahriz Abdul Aziz (gambar bawah, kiri sekali), anak kepada isteri perdana menteri Rosmah Mansor, didakwa memiliki sebuah lagi harta tanah mewah.

Sarawak Report mendakwa, rumah agam 11,500 kaki persegi di West Hollywood dijual padanya dengan harga AS$17.5 juta ((RM58.21 juta) pada September 2010.

Laman pembocor maklumat itu melaporkan, pihaknya sudah melawat tapak itu dan mendapati kediaman asal diruntuhkan dan dibina baru, lengkap dengan kolam renang “sangat luas” di laman depan.

“Orang dalaman yang dipercayai mengesahkan bahawa pembinaan semula itu melibatkan kos lebih beberapa juta lebih daripada harga asal yang diminta, menjadikan kos harta tanah itu menghampiri harga harta tanah Riza sebelum ini AS$33.5 yang kami dedahkan dibeli di New York pada 2012.”

Laporan itu menyebut ia didaftarkan atas nama syarikat 912 North Hillcrest Road (BH) LLC di Delaware.

malaysiakini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s