Perkahwinan Mewah Anak Menteri UMNO Ismail Sabri Ketika Rakyat Kena Jimat!

Anak-Ismail-Sabri-1

KUALA LUMPUR 12 JAN: Menteri Barisan Nasional terus mempamerkan gaya hidup mewah ketika rakyat diminta berjimat cermat akibat keputusan kerajaan menaikkan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan.

Terbaru, majlis perkahwinan anak perempuan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Yaakob yang dibuat secara gilang gemilang dan dianggap ‘Perkahwinan Paling Hebat tahun ini’.

Majlis termasuk upacara akad nikah di bangunan bekas Istana Negara serta majlis di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur, yang dihadiri golongan raja, selebriti, ahli politik dan pembesar negara.

Bagaimanapun, menteri itu enggan mendedahkan kos perkahwinan anaknya, Nina Sabrina dengan selebriti yang juga pereka fesyen Indonesia, Jovian Mandagie

“Tiada siapa di Malaysia mengisytiharkan perbelanjaan perkahwinan anak mereka, adakah saya perlu?” katanya seperti dilapor The Malaysian Insider.Anak Ismail Sabri 2

Majlis perkahwinan anak Ismail Yaakob itu turut menampilkan barisan penyanyi terkenal Malaysia termasuk Datuk Jamal Abdilah dan diva Indonesia, Ruth Sahanaya bagi menghiburkan tetamu dengan lagu mereka.

Dipersoalkan kerana menggunakan bekas istana negara untuk majlis akad nikah, di mana sewa adalah RM25,000 untuk lapan jam, Ismail Sabri berkata, menantunya  menerima “pakej yang baik” sebagai balasan untuk publisiti.

“Ia adalah majlis perkahwinan pertama diadakan di sana. Beliau adalah seorang pereka terkenal dan perkahwinan ini menjana banyak liputan, termasuk program Mahligai Cinta di TV3. Jadi ini adalah iklan yang baik untuk Istana Negara bagi pakej perkahwinan yang mereka akan tawarkan,” katanya.Anak Ismail Sabri 3

Awal minggu ini, Menteri Dalam Negeri, mempamerkan kehidupan mewahnya apabila meraikan sambutan majlis hari jadi berprestij di sebuah hotel lima bintang di ibu negara.

Dalam masa sama, blogger Umno mendedahkan penggunaan dua jet mewah oleh perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan kos penerbangan sekitar RM27,000bagi setiap jam.

keadilandaily

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s