Najib Kini Mempunyai Jet Mewah Baru Dikenali Perdana 2!

jet_NajibKUALA LUMPUR, 3 JAN: Dua blog pro-Umno bigdogdotcom dan Rocky’s Bru mempersoalkan sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini terbang ke seluruh negara menggunakan jet mewah baru.

Dalam tulisan di blog tersebut kedua mereka membangkitkan pesawat Airbus ACJ320 dengan nombor 9H-AWK – dikenali “Perdana 2″ atau “NR2″ – yang kebetulan sama dengan huruf singkatan Najib.

bigdog_macai_Dr_MahathirPesawat itu didaftarkan di Malta dan disewa daripada kumpulan penerbangan Comlux, lapor Malaysiakini.

Menurut laman web penerbangan itu Aviation Week, Jet Premier One (M) Sdn Bhd, syarikat yang menguruskan penerbangan orang kenamaan di Malaysia, termasuk Najib, ada menyewa Airbus ACJ320 daripada Comlux.

Sewaan itu dikatakan bertujuan menggantikan sementara pesawat yang biasa digunakan Najib, Airbus ACJ319.

rocky_bruACJ319 dengan nombor 9M-NAA beroperasi menggunakan nama “NR1” atau “Perdana 1” dan merupakan pesawat rasmi perdana menteri, sama seperti Air Force One yang digunakan presiden Amerika Syarikat.

Kedua-dua blogger pro-Umno ini dikatakan penyokong kuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.

One thought on “Najib Kini Mempunyai Jet Mewah Baru Dikenali Perdana 2!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s