Najib Rosmah Cuti Di Las Vegas Dan Sydney, Rakyat Bergelut Dengan Kenaikkan Harga!

Najib-Rosmah-300x175A Kadir Jasin telah melaporkan didalam blognya bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Rosmah Mansor telah pergi bercuti ke Sydney, Australia dan Las Vegas di Amerika Syarikat hujung tahun dan semasa tahun baru ini dan hanya akan kembali pada 5 Januari 2014. 

Rakyat pula sedang bergelut menghadapi tekanan hidup punca dari kenaikkan harga barang dan perkhidmatan serta rakyat seluruh negara juga sedang berhadapan kos kembali ke sekolah anak2 mereka bagi sesi tahun 2014.

Dilaporkan ibubapa bukan sahaja menghadapi kenaikkan harga perkakas dan peralatan sekolah bagi anak2 mereka, yang mencengkam lagi adalah kenaikan kos tambang bas sekolah yang akan dinaikkan diantara 40% dan 60%.

Ada keluarga yang dikatakan terpaksa membayar tambang bas sekolah lebih dari rm300 sebulan bagi anak2 mereka yang bersekolah.

Dilaporkan juga sebahagian besar menteri2 umno/BN juga sedang bercuti diluar negara pada masa sekarang.

Bagaimanakah Najib dan Rosmah mampu pergi bercuti serta berseronok diluar negara semasa rakyat sedang melalui keadaan kesukaran dan kehimpitan?

Bolehkah keseronokkan yang dialami oleh pasangan Najib/Rosmah serta keluarganya semasa bercuti menghilangkan keresahan serta airmata rakyat bawahan?

Kemanakah  hilangnya keprihatinan pemimpin dan menteri2 dari umno/BN terhadap rakyat negara ini?

tulisan A Kadir Jasin klik disini

oleh sarunglama

2 thoughts on “Najib Rosmah Cuti Di Las Vegas Dan Sydney, Rakyat Bergelut Dengan Kenaikkan Harga!

  1. wei, lu apahal bising, rakyat x kecoh pun kenaikkan harga barang. rakyat yg bertanggung jawab dpt menerima segala perubahan yg dibawa oleh kerajaan!

  2. wah, tak sangka menteri ‘rakyat rerima kenaikan harga’ Hasan Malek yg bebal pun ada komen kat sini.

    Orang yg tak kecoh kenaikan harga barang ni org2 yg dah ‘kenyang’, sbb tu tak rasa pun naik harga barang. Apa sangatlah minyak, bus sekolah, elektrik dan makanan naik bila depa boleh beli condo berjuta2 ringgit kat Bangsar dan even Manhattan, kan, kan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s