Najib Dan Rosmah Habiskan RM44 Juta Duit Rakyat Pergi Makan Angin?

NajibRazakAndRosmah-621x309KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membelanjakan hampir RM44.071 juta untuk rombongan ke luar negara dalam tempoh lima tahun bermula Mac 2008 hingga Mei 2013.

Demikian dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming.

Bercakap pada sidang media di lobi Parlimen hari ini, Kor Ming berkata jumlah itu bersamaan dengan perbelanjaan RM8,814,200 untuk tempoh setahun atau RM734,516.67 untuk tempoh sebulan.

“Perbelanjaan ini sangat tinggi, kita mahukan penjelasan daripada Perdana Menteri.

“Daripada hasil rombongan ini, apakah hasilnya kepada negara,” katanya.

Kor Ming turut mempersoal perbelanjaan Najib yang sangat tinggi berbanding mantan Perdana Menteri Datuk Abdullah Ahmad Badawi yang membelanjakan RM30 juta bagi rombongan ke luar negara.

“Kenapa perdana menteri sekarang belanja terlalu mewah.

“Kita harap Datuk Seri Najib menunaikan janji beliau untuk menjalankan dasar transformasi yang beliau uar-uarkan selama ini, sepatutnya Najib berhemah ketika belanja,” katanya.

-harakahdaily

Share

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s