Kerajaan UMNO/BN Terlebih Bayar RM3 Juta Kepada Kroni Bagi Bayaran AES?

Saman-AESKUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kempen Anti saman Ekor (Kase) meminta Kementerian Pengangkutan menjelaskan dari sumber mana RM13,550,758.00 diambil bagi membayar fi perkhidmatan kepada syarikat pembekal Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Penasihat Undang-Undang Kase, Zulhazmi Shariff(gambar) yang merujuk kepada jawapan bertulis Kementerian Pengangkutan kepada Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin yang menyatakan sehingga 15 Mei lalu, kerajaan telah membayar fi perkhidmatan (contract service fee) kepada syarikat penyedia perkhidmatan AES sebanyak RM13,550,758. 

Bayaran itu dibuat berpandukan kepada perjanjian antara kerajaan dengan syarikat penyedia perkhidmatan.

“Kita minta pihak kementerian menjelaskan kepada rakyat dari mana sumber kewangan itu diperolehi bagi membayar fi perkhidmatan kepada syarikat pembekal, RM13 juta bukan satu jumlah yang kecil.

“Kita semua tahu tidak semua pesalah jalan raya yang menerima saman AES membuat pembayaran dan di bawah kendalian Kase juga ada beberapa kes, bagaimana kerajaan boleh bayar RM13 juta itu kepada syarikat pembekal,” ujar beliau kepada Harakahdaily.

Tambah beliau, Kementerian Pengangkutan juga turut memberitahu sehingga 11 Jun sejak AES dikuatkuasa pada 23 September 2012 sebanyak 673,339 saman AES telah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Namun katanya lagi, adakah dari jumlah saman yang dikeluarkan itu telah dijelaskan bayaran kompaun atau denda oleh penerima saman.

“Mengikut rekod Kase terdapat lebih daripada 100 saman AES yang telah dibawa ke mahkamah telah dibatalkan oleh mahkamah sama ada dengan dilepaskan tanpa dibebaskan atau dilepaskan dengan amaran.

“Ini bermakna lebih 100 saman telah tidak dibayar oleh penerima saman atas arahan dari mahkamah, selain itu juga di Mahkamah Majistret Putrajaya pada 10 Disember tahun lalui dari 18 kes saman AES hanya 13 daripadanya mengaku salah dan dikenakan dengan tetapi lima darinya dilepaskan tanpa dibebaskan.

“Begitu juga di Mahkamah Kuala Lumpur juga situasi yang sama, jadi dari kes tersebut adalah tidak masuk akal kerajaan mengeluarkan RM13 juta untuk dibayar kepada syarikat pembekal sedangkan ada saman yang dilepaskan dan tidak perlu dibayar oleh penerima saman,” ujar beliau.

Zulhazmi turut menyatakan ia merupakan statistik yang berada di dalam rekod Kase tanpa mengambilkira yang tidak direkodkan di luar sana. Berdasarkan statistik ini sahaja jelas bahawa bukan semua 673,339 saman yang telah dikeluarkan sejak 23 September 2012 telah dijelaskan.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoalkan perkiraan yang digunakan oleh kerajaan dalam membayar sejumlah RM13,550,758 kepada syarikat pembekal kamera tersebut.

Jelasnya, mengikut Model Kewangan Dengan Formula Tiga Langkah yang menjadi panduan pembayaran fi perkhidmatan oleh Kerajaan kepada syarikat, syarikat hanya akan layak menerima RM16 daripada setiap RM300 denda atau kompaun yang dibayar oleh penerima saman AES. 

“Diandaikan semua 673,339 saman AES telah dibayar, kerajaan hanya perlu membayar kepada syarikat penyedia perkhidmatan sebanyak RM10,773,424 sahaja bukan RM13,550,758. 

“Jadi bagaimana kerajaan membuat kiraan dalam menjelaskan bayaran fi perkhidmatan tersebut yang jauh lebih tinggi daripada jumlah sepatutnya. Menjadi persoalan kepada kita juga ialah jumlah 673,339 saman telah dikeluarkan sehingga 11 Jun 2013 tetapi bayaran RM13,550,758 tersebut adalah setakat 15 Mei 2013 yang mana sepatutnya lebih rendah daripada itu,” sambungnya.

Beliau mendesak kerajaan supaya mendedahkan butiran perjanjian tersebut kerana khuatir terma-terma perjanjian adalah menguntungkan syarikat swasta berbanding Kerajaan.

Menurut beliau, kerajaan sepatutnya memikirkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan syarikat swasta dalam melaksanakan sesuatu tindakan.

harakahdaily

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s