Keluarga KM Sarawak, Taib Mahmud Miliki Tanah Bernilai RM 1 Bilion?

Taib-Mahmud-SPRM-300x202Ahli Parlimen Kuching, Chong Chieng Jen mempersoalkan bagaimana keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memiliki tanah seluas hampir 100,000 ekar bernilai RM1 bilion.

“Bagaimana keluarga Taib memperoleh tanah 94,700 ekar bernilai RM1 bilion, sedangkan bayaran premium kepada kerajaan negeri kurang RM200 juta?, soal Chong.

Melalui perolehan di Jabatan Tanah Sarawak, terdapat tujuh syarikat yang pemegang sahamnya dikuasai anak, menantu, adik-beradik dan kroni Taib Mahmud.

Syarikat itu ialah Polar Red Sdn Bhd, Magna Wide Sdn Bhd, CMS Lands Sdn Bhd, Monarda Sdn Bhd, Radiant Lagoon Sdn Bhd, Miracle Harvest Sdn Bhd dan Worldsign Harvest Sdn.

Pemegang saham bagi syarikat Monarda misalnya menunukkan saudara Taib iaitu Mahmud Abu Bekir Taib memiliki pegangan saham 52 peratus, Jamilah Taib (12 peratus), Hanifah Hajar Taib (12 peratus) dan menantu Taib iaitu Anisa Hamidah Abdullah (12 peratus).

Justeru, beliau mendesak satu suruhanjaya siasatan ditubuh bagi mengenalpasti tanah negeri yang dijual atau diberi kepada syarikat yang pemegang sahamnya dikuasai keluarga Taib Mahmud.

“Hasil laporan suruhanjaya itu harus dibentang ke Parlimen,” tegas ahli parlimen Kuching tersebut.

keadilandaily

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s