Timbalan Ketua Puteri UMNO Kedah Diberi Kontrak Pendidikan RM27 Juta?

DSC_3250KUALA LUMPUR, 28 JUN: Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr. Ong Kian Ming semalam mendedahkan kontrak jutaan ringgit telah dianugerahkan kepada sebuah syarikat yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Puteri UMNO Kedah.

Menurutnya, Kementerian Pendidikan telah meluluskan program bernilai RM27 juta untuk melatih 1,000 guru dalam Pendidikan Jasmani (PE) dengan kos sebanyak RM27,000 bagi diploma selama enam bulan.

“Pertama, menteri perlu menjelaskan sama ada terdapat apa-apa percanggahan kepentingan di dalam pemberian kontrak ini kepada KH Sukan World Sdn Bhd, yang merupakan ejen Akademi Sukan Amerika Syarikat (USSA), melalui rundingan terus.

KH Sukan World Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang menjual peralatan sukan dan pengerusinya iaitu Hisham Suhaily Othman, adalah Timbalan Ketua Puteri Umno di Kedah dan Ketua Puteri Umno Bahagian di Langkawi,” katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen, semalam.

Beliau turut mempersoal keberkesanan melantik sebuah kolej yang berpangkalan di AS, dimana kaedah pengajarannya kebanyakannya melalui online.

“Institusi seperti ini sudah pasti tidak mempunyai fakulti pengajaran yang mencukupi dan sumber-sumber untuk menyampaikan program-program pengajaran ‘face to face’, terutamanya bagi 1,000 guru-guru yang sepatutnya mendaftar dalam program ini. Sebagai perbandingan, bilangan semasa anggaran pelajar di USA adalah kurang daripada 600,” katanya.

Demikian dari itu, Kian Ming yang juga Strategis Pilihanraya DAP mendesak Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya menjelaskan keperluan untuk menghabiskan RM27,000 untuk diploma selama enam bulan apabila UiTM menawarkan Diploma Pengajian Sukan sama dengan hanya RM6,000 untuk dua setengah tahun.

Kian Ming juga berkata pekeliling daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bertarikh 30 Disember 2011 yang menyatakan bahawa ‘ Program Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Kejurulatihan Sukan’ adalah sama tahap dengan Sijil Kemahiran 3 dalam Kerangka Kelayakan Malaysia.

Beliau berkata Sijil (Tahap 3) adalah satu tahap di bawah diploma dan tidak mempunyai kualiti yang sama dan menyeluruh.

“Jika ini benar, maka Kementerian Pendidikan membuat kesalahan dalam mengelirukan guru-guru yang melalui program ini dan juga pembayar cukai Malaysia apabila menggambarkan program ini sebagai Diploma tapi ia sebenarnya hanya satu kursus peringkat sijil saja.

“Ia juga bermakna bahawa kementerian akan membelanjakan lebih RM50 juta wang pembayar cukai selama dua tahun untuk melatih 2,000 guru-guru supaya mereka boleh mempunyai kelayakan peringkat sijil,” katanya, sinis. – Roketkini.com

– See more at: http://roketkini.com/2013/06/28/kontrak-rm27-juta-untuk-syarikat-timbalan-ketua-puteri-umno-kedah/#sthash.CxxNJaHE.dpuf

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s