Celaka Punya SPR, Guna RM7.1 Juta Beli Pewarna, Bukan Dakwat Kekal!

IMG-20130507-WA0012Berdasarkan pembentangan Datuk Shahidan Kassim di parlimen hari ini, bahan kimia dalam dakwat kekal telah digantikan dengan pewarna makanan.  

Aku tak tahu nak gelak atau menangis.  Selama ini spr berdolak-dalik tentang dakwat kekal yang tak kekal.

Sebelum ini, SPR kata kementerian kesihatan telah menasihatkan mereka  supaya kurangkan guna kimia dalam dakwat kekal kerana masaalah kesihatan dimana kementerian kesihatan kemudiannya telah menafikan pernah beri nasihat kepada SPR.

SPR juga pernah sebut kimia terpaksa dikurangkan dalam kandungan dakwat kekal kerana arahan jabatan agama islam sebab akan memudaratkan umat islam apabila beribadah.

Bahan kimia aktif yang digunakan dalam kandungan dakwat kekal adalah silver nitrate.

Sekarang Menteri Dalam Jabatan Perdana Menteri semasa menjawab di parlimen berkata kandungan  dalam dakwat kekal hanyalah pewarna makanan tanpa sebarang kimia yang biasanya digunakan bagi mengekalkan dakwat tersebut bagi sesuatu tempoh tanpa bolih dihilangkan.

Rm 7.1 juta duit rakyat digunakan untuk membeli bekalan dakwat kekal. Akhirnya yang kita dapat hanyalah pewarna makanan.  Kalau ia hanyalah pewarna makanan kenapa harganya begitu tinggi?

Apa perlunya membeli pewarna makanan dari luar negara.  Bukankah pewarna makanan melambak dalam negara kita sendiri dengan harga yang murah?

Ini bermakna ada pihak yang dah songlap berjuta duit rakyat kerana kita percaya harga pewarna makanan tidaklah semahal rm7.1 juta.  

Siapakah mereka yang telah mentekedarah duit rakyat yang begitu banyak?

Ini juga membuktikan SPR dan kerajaan bn dari awal lagi sedar dan tahu dakwat kekal yang akan digunakan dalam pru ke13 nanti memang tidak kekal!

Dengan ini SPR telah melakukan 2 kesalahan yang besar iaitu pertama sekali, telah menipu rakyat dengan mendakwa dakwat yang digunakan itu adalah dakwat kekal padahal pada pengetahuan mereka, mereka tahu dakwat tersebut bukanlah dakwat kekal dan kedua membazir duit rakyat sebanyak rm7.1 juta bagi suatu perkara yang sia2.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar serta seluruh ahli spr yang dilantik hendaklah meletakkan jawatan mereka kerana gagal melaksanakan pilihanraya yang adil serta penuh dengan penipuan bagi memenangkan umno/bn.

Apabila SPR dan kerajaan bn mengaku bahawa mereka dah menipu dalam isu ketulinan dakwat kekal, suatu pilihanraya umum yang baru mesti diadakan kerana penipuan mereka bukan suatu penipuan yang kecil!

oleh saronglama

laporan malaysiakini:

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menjelaskan bahawa bahan kimia yang digunakan dalam dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 digantikan dengan bahan pewarna makanan.

“Tiada kandungan bahan-bahan kimia digunakan dalam dakwat tersebut sebaliknya ianya digantikan dengan penggunaan bahan-bahan pewarna makanan yang diluluskan.

NONE“Tarikh luput dakwat kekal adalah dalam tempoh empat bulan dari tarikh ianya dikilangkan. Ianya diimport daripada negara luar,” katanya dalam satu jawapan bertulis kepada MP DAP Segambut, Lim Lip Eng.

Shahidan juga berkata tahap ketahanan dakwat berkenaan berbeza mengikut individu.

Ia bergantung kepada usaha yang dilakukan oleh setiap individu untuk menghilangkan dakwat kekal berkenaan, katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa Kementerian Kewangan meluluskan sebanyak RM400 juta bagi kos perbelanjaan pilihan raya yang lalu.

Lim kemudiannya menjadikan jawapan bertulis itu sebagai satu bahan jenaka apabila menulis di Twitter bahawa dakwat kekal kini “boleh dimakan”.

NONETulisan berkenaan mendapat perhatian pengguna Twitter lain yang turut berjenaka dan bertanya kepadanya sama ada dakwat itu “sedap hingga menjilat jari.”

Sementara itu, dalam satu jawapan berasingan, Shahidan berkata kos penggunaan dakwat kekal itu adalah sebanyak RM6.9 juta.

Kos itu meliputi kerja-kerja mereka bentuk botol dakwat khas, berus, kotak botol dan membuat bancuhan khas dakwat memandangkan ia tiada di pasaran, katanya dalam jawapan bertulis kepada MP DAP Seremban, Anthony Loke.

“Kos tambahan lain meliputi kos pengangkutan, pembungkusan serta penyimpanan dakwat kekal adalah sebanyak RM200,000 menjadikan jumlah kos keseluruhan sebanyak RM7,100,000.

“Pada masa ini SPR tidak bercadang memaklumkan maklumat pembekal dakwat kekal kepada umum atas sebab keselamatan,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s