Cukai GST 7% Akan Dikenakan Keatas Rakyat Bagi Perbelanjaan Manifesto BN – Idris Jala

Idris JalaKUALA LUMPUR 17 Mei – Malaysia akan dapat menambah pendapatan sehingga RM27 bilion jika cadangan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak tujuh peratus dilaksanakan seperti di negara jiran, Singapura.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala berkata, mekanisme pencukaian baharu itu boleh menjamin pendapatan tambahan sebanyak RM20 bilion hingga RM27 bilion, apabila matang.

“Tahap matang ialah apabila setiap penduduk Malaysia mula menyumbang ke arah GST. Ia mestilah dilaksanakan sebaik sahaja penduduk Malaysia bersedia menerima mekanisme itu,” tegas beliau.

Bercakap pada forum Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) – Apa Ertinya bagi Perniagaan? di sini hari ini, Idris berkata, pendidikan tentang GST dan bagaimana ia memberi faedah kepada ekonomi negara amat penting, dan juga agar warga Malaysia faham dan menerima mekanisme pencukaian itu nanti.

960197_659688210715051_1837675612_n

Ini bukti cukai GST sudah mula dikenakan kepada pengguna.

Beliau berkata, GST akan menjana dana tambahanbagi kerajaan untuk dibelanjakan bagi kesejahteraan rakyat Malaysia, seperti apa yang dijanjikan dalam manifesto Barisan Nasional sebelum PRU 13.

“Walaupun satu cukai baharu diperkenalkan, namun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberikan komitmen untuk menurunkan cukai korporat dan juga cukai pendapatan peribadi.BKxNVZlCIAA95dess

“Ini menunjukkan kerajaan mahukan keseimbangan dalam setiap langkah yang diambilnya, sama ada dari sudut ekonomi mahupun politik,” kata Idris yang menerajui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu).

Sementara itu, beliau menafikan dakwaan bahawa janji-janji yang dibuat oleh kerajaan sebelum pilihan raya akan meningkatkan nisbah hutang berbanding keluaran dalam negara kasar (KDNK), daripada 53 peratus sekarang.

Beliau berkata kerajaan komited untuk mengekalkan hutangnya di bawah paras 55 peratus berbanding paras siling KDNK yang telah ditetapkannya sebelum ini.

“Pada Forum Ekonomi Dunia di Davos, apabila saya mencadangkan mekanisme Malaysia yang menetapkan 55 peratus sebagai siling bagi nisbah hutang berbanding KDNK, ramai pakar ekonomi dan pemimpin dunia berkata itu mustahil.

“Ini adalah kerana Malaysia amat unik sebab hutangnya masih di bawah paras 55 peratus,” kata Idris sambil menyebut contoh negara-negara seperti Singapura (nisbah hutang berbanding KDNK 100 peratus), United Kingdom (80 peratus) dan Perancis (81 peratus).

Di samping mendakwa matlamat negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 boleh dicapai malah dua tahun lebih awal, memandangkan usaha ekonomi kerajaan dan sektor swasta yang menyeluruh, Idris berkata, Malaysia berada di landasan yang teguh untuk mencatatkan lebihan belanjawan menjelang 2020.

Kata beliau dalam empat tahun kebelakangan ini dengan Najib sebagai Perdana Menteri, defisit belanjawan negara menunjukkan penyusutan yang ketara tahun demi tahun, dan memberikan jaminan bahawa rekod pencapaian ini akan berterusan.

“Tahun lepas, defisit belanjawan ialah 4.5 peratus, dan tahun ini kita menjangka ia susut kepada empat peratus. Dengan segala usaha yang diambil, saya pasti harinya akan tiba apabila kita boleh mencapai lebihan belanjawan itu,” tegas beliau. – BERNAMA

Share

Advertisements

One thought on “Cukai GST 7% Akan Dikenakan Keatas Rakyat Bagi Perbelanjaan Manifesto BN – Idris Jala

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s