PRU ke13 – Gambar Bukti Penipuan SPR – Lampu Padam Semasa Pengiraan Undi !

BKIyvdjCMAA4Oo22222

603457_578755345480778_1342004070_n34

ADUN kata kejadian lampu padam memang berlaku

1:29PM Mei 26 2013

ADUN Seri Serdang Noor Hanim Ismail menuntut timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar memohon maaf kerana mendakwa gambar mengenai kejadian lampu padam di satu pusat pengiraan undi yang tersebar di Internet merupakan satu lakonan.

Wakil rakyat PAS itu mendakwa, kejadian tersebut sememangnya sememangnya berlaku pada 5 Mei lalu di Sekolah Kebangsaan Serdang, dan dirakam oleh ejen penjumlahan undi dari parti tersebut.

“Gambar tersebut dengan jelas menampakkan logo SPR di tepi kotak kiraan undi yang digunakan.

“Sewaktu kejadian itu berlaku, wakil calon kami juga telah berusaha membekalkan lampu suluh ke bilik kiraan undi tersebut bagi memastikan proses kiraan undi berjalan dengan lancar.

“Saya menafikan bahawa terdapat wartawan di lokasi kejadian kerana yang ada hanya ketua tempat mengundi, petugas SPR, wakil calon dan anggota polis yang bertugas,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Wan Ahmad, seperti dilaporkan The Star Online semalam, yang mendakwa gambar berkenaan merupakan satu lakonan yang dibuat sebelum pilihan raya.

Wan Ahmad dalam laporan tersebut mendakwa, gambar tersebut disebarkan di Internet untuk menunjukkan bahawa kejadian lampu padam di pusat pengiraan undi itu benar-benar berlaku.

Menurut Wan Ahmad, gambar tersebut, menunjukkan kakitangan SPR mengira kertas undi dengan menggunakan lampu suluh, namun tidak kakitangan berkenaan tidak memakai pakaian seragam SPR

Noor Hanim bagaimanapun bertegas bahawa kejadian tersebut benar-benar berlaku.

“Bagaimana beliau sendiri tidak tahu pakaian rasmi petugas-petugas SPR berwarna kelabu pada hari tersebut.

“Saya juga berasa hairan kerana beliau juga tidak kenal kotak bekas kiraan undi yang digunakan oleh pihak SPR sendiri,” katanya.

Jelasnya, gambar berkenaan juga menunjukkan logo SPR di bekas yang digunakan untuk mengira undi.

“Oleh itu, saya menyarankan agar pihak SPR khususnya Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan kenyataan tanpa membuat kajian yang mendalam dan mengambil ringan isu yang dibangkitkan oleh rakyat.

“SPR sebagai badan rasmi yang menguruskan pilihanraya ini mesti dilihat profesional, adil dan telus serta tidak berpihak kepada mana-mana parti,” katanya.

-malaysiakini

One thought on “PRU ke13 – Gambar Bukti Penipuan SPR – Lampu Padam Semasa Pengiraan Undi !

  1. Teruskanlah usaha membongkarkan penipuan spr yg kerap mengeluarkan kenyataan yang selalunya berat sebelah, tapi kena berhati-hati jangan sampai di manipulasi media auta perdana. Insyaallah suatu masa nanti rakyat dapat menilai semula sokongan kepada Umno. Dengan izin Allah Umno akan berkubur.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s