Kos Bina UNISEL Cuma RM285 Juta Tapi Kerajaan UMNO/BN Bina Dengan RM1.5 Bilion?

UNISELSHAH ALAM, 22 APRIL : Kos penubuhan Universiti Selangor(Unisel) berdasarkan penilaian semula hanya menelan kos sejumlah RM285 juta bukannya RM1.5 bilion seperti yang didakwa pentadbiran Kerajaan Negeri Umno-BN sebelum ini.

Perkara ini didedahkan Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad dalam wawancara khas bersama TV Selangor.

Anwar mendakwa kos berkenaan diperolehi berdasarkan penilaian semula keadaan tanah mendap dan keadaan bangunan retak daripada impak perancangan pembinaan.

” Pada 2002, bayaran tanah untuk penubuhan Unisel bagi 801 ekar Bukit Jalil, 210 ekar di Sungai Buloh dan 3,000 ekar di Bestari Jaya mencecah RM1.14 bilion.

“Ditambah dengan bayaran bon yang diambil sebanyak RM120 juta dan pembinaan asrama RM212 juta menyebabkan kos keseluruhan sebanyak RM1.5 bilion.

“Sedangkan penilaian semula, kesemua kos itu hanyalah RM285 juta sahaja, mana lagi hilang duit rakyat sebanyak RM1.2 bilion, siapakah perlu bertanggungjawab? berapa banyak kewangan rakyat ditelan, siapa yang dapat,? soalnya.

Anuar menambah disebabkan kos yang mahal itu juga Unisel terpaksa membayar RM1 juta sebulan kepada Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB).

” Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar sentiasa menyerang Unisel, sepatutnya beliau ‘buka mata’ lihat ini salah siapa.

” Bagi saya beliau menyerang Unisel untuk memburukkan Kerajaan Negeri Selangor, tetapi jika kita tahu perkara yang sebenar sudah tentu tidak akan memilih kerajaan yang lama lagi.

” Begitu juga dengan hutang yang didakwa Umno-BN, sedangkan disebabkan kebijaksanaan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengambil alih hutang RM100 juta sebelum ini, Unisel untung RM127 juta,” katanya.

Anuar turut mengulas manifesto BN Selangor yang mahu membangunkan Unisel bagi mencapai sasaran dan inovatif, beliau berkata telahan dan ucapan dari parti itu tidak mempunya fakta.

Ini kerana Unisel sentiasa memfokuskan kecemerlangan akademik selain pelajarnya yang meningkat dalam beberapa tahun ini.

” Pada 2015, kita mensasarkan 20 peratus daripada pensyarah kita mempunyai Ijazah Kedoktoran (PHD). Sekarang kita mempunyai 60 pensyarah mempunyai PHD, kita sasar 100 orang menjelang 2015.

” Manakala, jika dahulu kita tawarkan hanya untuk pelajar Diploma tetapi sekarang kita mempunyai 560 pelajar Ijazah Sarjana dan PHD. Keseluruhan pelajar kita mencecah 14,700 pelajar termasuk pelajar yang akan bergraduat Oktober ini,” katanya.

selangorku

One thought on “Kos Bina UNISEL Cuma RM285 Juta Tapi Kerajaan UMNO/BN Bina Dengan RM1.5 Bilion?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s