BN Akan Naikkan Kadar Tol 5 Peratus Setiap 3 Tahun Bermula 2016 hingga 2037?

tol-lahKUALA LUMPUR: PAS mendakwa Barisan Nasional (BN) akan menaikkan kadar tol pada kadar lima peratus jika mendapat mandat menjadi  kerajaan semula selepas tahun 2016.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kadar itu akan naik setiap tiga tahun sehingga tahun 2037.

Dzulkefly berkata, selain menaikkan kadar tol, beberapa projek lebuhraya baru juga akan diteruskan dan perjanjian konsesi hampir  dimuktamadkan.

Antaranya Damansara-Shah Alam (DASH) dan Lebuhraya Ulu Kelang Selatan (SUKE), kedua-duanya dimiliki Prolitas yang sepenuhnya  milik Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Turut dikenakan tol ialah projek lebuhraya Kinrara-Damansara dan penambahan jalan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).

“Lebih malang lagi kerajaan Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) bercita-cita untuk meneruskan agenda penswastaan  lebuhraya – Lebuhraya Pantai Barat (West Coast Expressway).

“Walaupun faedah subsidi telah dihapuskan melalui rundingan baru, projek ini masih tidak mampu bersaing dan kini terpaksa diberi  suntikan RM2.2 bilion pinjaman mudah (soft loan) dengan kadar faedah sebanyak empat peratus,” katanya dalam sidang media di  Pejabat Agung PAS di sini hari ini.

Katanya, manifesto BN gagal menciplak penghapusan bayaran tol dengan cara kerajaan mengambil kembali pemilikan lebuhraya seperti  dicadangkan manifesto Pakatan Rakyat.

Sebaliknya menurut Dzulkefly, Najib hanya mengulangi pengumuman tidak menaikkan tol sehingga 2016.

Beliau berkata, keadaan berbeza apabila Pakatan Rakyat memerintah, manifesto ‘menghapuskan tol” akan diteruskan bermula dengan  lebuhraya yang sudah mendapat balik modal.

“Manifesto ‘Menepati Janji Mengisi Harapan’ BN gagal menangani lebuhraya bertol bahkan sebaliknya meletakkan tawaran yang samar  dan sengaja tidak dijelaskan perincian angka dan tempoh,” katanya.

Freemalaysiatoday

Share

One thought on “BN Akan Naikkan Kadar Tol 5 Peratus Setiap 3 Tahun Bermula 2016 hingga 2037?

  1. habislah kalau satu m’sia ni ade tol, jalan sket duit, jalan lg duit. kenaikan yg kita tak perasan tapi bila dah byk br nk sedar. sedarlah sebelum terlambat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s