Najib Habiskan Duit Rakyat RM41 Juta Buat Iklan Dan Promosi Diri Sebelum Kempen PRU13?

Najib-razak-rBendahari Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), William Leong Jee Keen mengkritik Barisan Nasional (BN) mengambil kesempatan ketika memegang kuasa pentadbiran. Ini berikutan berlakunya penyalahgunaan kuasa wang rakyat boros bagi membiayai kos pengiklanan dan pemasaran.

Tindakan BN ini adalah hanya untuk menutup ketidakcekapan pengurusan wang rakyat dan peyelewengan yang berlaku sepanjang 50 tahun mentadbir negara. Melalui pembiayaan pengiklanan ini, BN telah memasarkan kepada rakyat Malaysia perasaan kemakmuran walaupun realitinya Malaysia sebenarnya menghadapi cabaran yang genting, terutamanya dalam keselamatan negara sepertimanya yang berlaku baru-baru ini.

Menurut laporan Maybank[1] bertarikh 19 Mac 2013, ianya dilaporkan bahawa Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah membelanjakan sebanyak RM36.1 juta ke dalam media arus perdana, terutamanya kempen pengiklanan di stesen radio dan televisyen. Di samping itu, BN juga telah membelanjakan sejumlah RM4.9 juta dalam publisiti media.

Menurut satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini oleh William Leong Jee Keen, pada bulan Februari sebelum Tahun Baru Cina, Datuk Seri Najib Tun Razak memakai pakaian Cina yang berwarna merah sebagai pelakon di dalam iklan Tahun Baru Cina. Iklan tersebut turut disiarkan dalam siaran televisyen, Youtube, serta dalam laman sesawang surat khabar. Setiap kali pengguna membuka laman web yang berkenaan, iklan tersebut akan muncul atau ‘Pop Up’ di skrin komputer si pengguna. Di samping itu, setiap radio stesen mengutarakan iklan Najib berdialog bersama anaknya secara berterusan. Pengiklanan sebegitu adalah iklan yang berbentuk ‘spam’ yang memberikan kekacauan kepada si pengguna.

Sambung William Leong Jee Keen, sementara rakyat dihujani dengan pengiklanan seperti itu secara berterusan, pada masa yang sama, wang rakyat disalurkan ke dalam poket syarikat-syarikat telekomunikasi dan media dengan senyap tanpa diperasan oleh rakyat.

William Leong Jee Keen ialah calon kerusi Parlimen Selayang bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Menurut beliau, parti politik di luar negara juga membelanjakan wang untuk pengiklanan sewaktu kempen pilihan raya untuk mempromosikan calon-calon dan falsafah politik serta propaganda politik kepada penonton yang lebih luas.

Dalam usahanya menghadapi PRU 13, Najib telah membelanjakan sebanyak RM36.1 juta wang rakyat sebelum kempen pilihan raya dimulakan dan ini hanyalah untuk membentuk imej positif beliau. Di samping itu, ianya juga mencerminkan Najib sebagai seorang yang kelahiran dalam sebuah keluarga bangsawan gagal untuk memahami perbezaan di antara kepentingan awam dan kepentingan persendirian.

“Najib bukan sahaja Perdana Menteri negara ini, beliau juga merangkap Menteri Kewangan Malaysia. Kegagalan untuk beliau menggunakan wang rakyat secara bernas, iaitu menggunakannya untuk kepentingan awam dan bukannya kepentingan peribadi beliau sahaja, maka, beliau gagal sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.” William berkata.

Di samping itu, sebelum kempen PRU-13 dimulakan, BN telahpun membelanjakan sebanyak RM4.9 juta pada Februari 2013 bagi tujuan menyebarkan propaganda melalui media. Lantas, kita boleh melihat di bawah hegemoni BN, Pakatan Rakyat (PAKATAN) tidak diberikan sebarang peluang untuk muncul dalam media arus perdana seperti televisyen atau radio seperti TV3 dan RTM tanpa sekatan atau syarat-syarat. ini menunjukkan kerajaan BN masih menyokong sistem pilihan raya yang tidak adil.

William Leong Jee Keen percaya bahawa sejak kerajaan Najib menggalakkan transformasi negara, ianya juga haruslah melibatkan transformasi pilihan raya. Ini boleh dilakukan dengan merujuk contoh negara lain bagi hadkan perbelanjaan kempen Pilihan Raya bagi mengelakkan pembaziran sumber yang berlebihan serta membawa kesan kepada ekonomi negara ini. Lantas, ianya juga boleh mengelakkan pilihan raya menjadi medan pertempuran wang.

Akhirnya, William Leong Jee Keen menggesa para pengundi menolak Najib yang merupakan anak daripada keluarga bangsawan dan menyokong sepenuh kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang berasal dari kalangan keluarga rakyat biasa. William Leong Jee Keen yakin bahawa hanya di bawah kepimpinan Anwar, sumber-sumber negara ini akan diagihkan secara adil, tepat dan seksama, di mana ianya akan memanfaatkan rakyat dan bukannya mengagungkan diri dalam kempen politik media.

keadilandaily

Share

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s