GEMPAR! – UMNO Akan Diharamkan, 75% Cawangan UMNO Tidak Berdaftar?

umno-haramKUALA LUMPUR 31 MAC : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan membawa kes Umno Baru sebagai parti tidak sah dari segi undang-undang ke mahkamah, kata Ketua Penyelarasnya, Badrul Hisham Shaharin.

Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika memperkenalkan ‘Gerakan Haramkan Umno’ di Dewan Auditorium KLSCAH, di sini tengahari tadi.

Badrul atau dikenali Chegu Bard berkata, pihaknya mempunyai bukti termasuk dokumen rasmi dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan untuk mengheret parti itu ke muka pengadilan.

Menurutnya, selepas Umno diisytiharkan haram oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1988, Pejabat Pendaftar Pertubuhan telah menghantar surat arahan kepada pimpinannya bagi penubuhan parti baru.

Arahan itu, katanya, menyebut keseluruhan cawangan yang diharamkan hendaklah didaftarkan semula di bawah nama Umno dengan tambahan perkataan ‘baru’ di belakangnya.

“Namun, hanya 25 peratus cawangan Umno yang mendaftar semula, menjadikan 75 peratus lagi cawangan Umno (Baru) secara undang-undangnya adalah cawangan haram,” ujarnya.

Menurut Chegu Bard, isu yang mahu dibangkitkan sekarang bukan soal Umno lama atau Umno baru, tetapi isu mengenai undang-undang dan perlembagaan.

“Kalau mereka nak tubuh persatuan main basikal ke, kelab kancil ke, kita tak perlu besarkan sampai ke mahkamah.

“Tapi sebab mereka nak tadbir negara, jadi mereka perlu terlebih dahulu, ikut laras undang-undang dan perlembagaan,” Katanya.

Umno diisyhtihar sebagai pertubuhan haram oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988 ekoran tindakan sekumpulan ahli Umno yang mencabar keputusan pemilihan presiden parti itu pada 24 April 1987.

Secara teknikalnya, Umno yang ditubuhkan sejak 1946 telah diharamkan dan Umno yang ada pada hari ini adalah Umno (Baru) yang ditubuhkan oleh mantan presidennya, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Febuari 1988.

keadilandaily

Share

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s