MB Terengganu Ahmad Said Rasuah, Lulus 1 Ribu Ekar Hutan Simpan Untuk Balak?

images

KUALA LUMPUR:Pakatan Rakyat hari ini mendakwa wujud unsur rasuah dalam pengurusan balak di bawah pentadbiran Datuk Seri Ahmad Said di Terengganu yang melibatkan wang ratusan juta ringgit.

Mendedahkan perkara itu Adun Batu Buruk Dr. Syed Azman mendakwa, skandal itu melibatkan satu modus operandi menggunakan sebuah syarikat yang diberi kelulusan membalak oleh kerajaan negeri.

Syarikat tersebut pula ujarnya dikehendaki membeli saham sebuah syarikat proksi dengan harga tinggi.

“Wang jualan syarikat tersebut disyaki disalurkan kepada orang-orang tertentu yang mempunyai pengaruh untuk menentukan hak membalak,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Turut serta pada sidang media Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

Difahamkan projek membalak tersebut diluluskan Mesyuarat Lembaga Mengambil Hasil Hutan Negeri pada 17 Julai 2012 yang dipercayai dipengerusikan Ahmad, melibatkan kawasan seluas 1,000 ekar di Hutan Simpan Hulu Setiu.

Namun pada 28 Disember 2011 iaitu enam bulan sebelum kelulusan membalak dikeluarkan, satu perjanjian telah dimetrai supaya syarikat terbabit membayar RM2.5 juta untuk membeli sebuah syarikat proksi yang hanya mempunyai saham berbayar RM2.

“Kami mempunyai bukti yang jelas bahawa perjanjian ini ada kena mengena dengan kelulusan membalak tersebut.

“Bukti-bukti ini akan dikeluarkan dalam tempoh dua minggu ini menjelang pilihan raya umum ke-13 sementara menunggu jawapan menteri besar,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Persatuan Anak Terengganu di perantauan (Perantau), Shuhaimi Embong dalam kenyataannya meminta Datuk Seri Ahmad Said mengambil cuti panjang sementara dakwaan ke atasnya ini di siasat.

“Kami Perantau mencadangkan MB bercuti panjang sementara disiasat,” kata Shuhaimi yang turut serta dalam sidang media itu.

untuk melihat bukti dokumen2 berkaitan sila klik di sini

rafizi ramli

Share

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s