MANIFESTO PAKATAN RAKYAT 2013

image

image1

image (2)image (5)

image (1)

image (4)

sinar harian online

Program 100 Hari Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan di dalam Dasar Bersama.

Sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program berikut:

1. Mereformasikan insititusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.

2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

3. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

5. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.

6. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.

7. Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.

8. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%.

10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.

keadilandaily

Wanita Pakatan Rakyat tawar insentif RM1,000 untuk jaga anak

KUALA LUMPUR 7 APRIL: Wanita Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan tawaran untuk memberi insentif penjagaan anak sebanyak RM1,000 dan juga penubuhan agensi pembantu rumah tempatan bagi meringankan beban golongan wanita berkerjaya.

Pemimpin parti berkenaan dalam satu sidang media hari ini mengumumkan, tawaran berkenaan sebagai satu bentuk sistem sokongan yang disediakan bagi memastikan kadar guna tenaga penuh wanita dalam lapangan pekerjaan terus dipertingkatkan.

Timbalan Ketua Wanita KEADILAN, Rodziah Ismail menjelaskan, insentif penjagaan anak itu diagih mengikut pendapatan ibu bapa.

“Macam taska di Selangor kita beri RM100 setiap bulan dalam bentuk baucer kepada ibu bapa yang dapat daripada institusi. Dan kerajaan negeri pula bayar (insentif) itu kepada institusi, supaya memastikan anak pergi ke institusi tersebut,” katanya.

Memetik Malaysia Kini, seorang lagi pemimpin Wanita Pakatan pada sidang media sama,, Dr Siti Mariah Mahmud turut menjelaskan bahawa agensi pembantu rumah tempatan akan dapat membantu menyelesaikan peningkatan kemasukan pendatang asing.

Ia juga akan membantu mengekang masalah keselamatan dan jenayah serta mengelak pembentukan anak-anak yang tercemar dengan budaya dan nilai asing, katanya.

“Dengan memberi fokus kepada strategi penubuhan agensi pembantu rumah tempatan ini kita yakin akan dapat memelihara budaya dan nilai tempatan dalam pembinaan anak-anaknya nanti yang turut diasuh oleh para pembantu rumah,” katanya.

Sementara itu, naib ketua Dewan Muslimat PAS, Mumtaz Mat Nawi pula berkata, perkara itu boleh dilaksanakan dengan kerjasama kementerian wanita, kementerian sumber manusia, kolej kemahiran wanita dan institut pengajian tinggi.

“Kita nak ubah fikiran bahawa wanita adalah pengurus rumah tangga. Ia diperlukan oleh rakyat dan anak-anak tidak lagi ditinggalkan kepada agensi swasta. Kerajaan Pakatan akan melatih sebaik mungkin,” katanya.

Selain tawaran berkenaan, Wanita Pakatan sebelum ini mengumumkan tawaran untuk mengadakan caruman Wanita Malaysia atau Tabung Simpanan Suri Rumah sebanyak RM600 setahun kepada setiap suri rumah.

Ia dianggarkan melibatkan peruntukan sebanyak RM10 bilion bagi suri rumah yang layak.

Turut hadir di sidang media hari ini ialah ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusoff, timbalan ketua Wanita PKR Rodziah Ismail dan setiausaha Wanita DAP Teo Nie Ching.

keadilandaily

Pakatan umum 13 perkara Deklarasi Putrajaya

PUTRAJAYA: Pakatan Rakyat mengumumkan Deklarasi Putrajaya 2013 untuk penjawat awam sempena Hari Pekerja hari ini.

Deklarasi itu mengandungi 13 perkara, antaranya bayaran gaji berasaskan bilangan minggu dalam setahun selepas menerima cadangan bekas Presiden Ceupacs Datuk Nordin Abdul Hamid.

“Ini akan membolehkan penjawat awam menikmati tambahan sebulan gaji setahun atau 52 minggu setahun berbanding sistem sekarang hanya 48 minggu,” kata calon PAS Parlimen Putrajaya Datuk Husam Musa di Presint 3 di sini.

Deklarasi itu juga diisytiharkan oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu perhimpunan yang dihadiri kira-kira 3,000 penyokong di kawasan lapang belakang Istana Kehakiman Putrajaya.

Selain itu, pinjaman perumahan tanpa faedah, pendidikan mesra penjawat awam dengan memberi pendidikan Kelas Fardhu Ain (Kafa) secara percuma di sekolah kebangsaan.

Tidak ketinggalan pencen pilihan, belajar semasa tempoh berkhidmat, serta menyerap kakitangan awam kontrak, sementara dan singkat menjadi khidmat tetap.

Pakatan turut menawarkan pertukaran dan penempatan penjawat awam berteraskan konsep mesra keluarga, dan pengecualian cukai pendapatan bagi penjawat awam bergred 41 ke bawah.

Turut bakal dinikmati oleh penjawat awam Gred 40 ke bawah adalah kajian untuk menaikkan imbuhan tetap perumahan (ITP) dari jumlah minimum RM180 sebulan kepada jumlah yang lebih munasabah.

Bagi anggota keselamatan, perlindungan insurans kepada kastam, polis, tentera, dan agensi penguatkuasaan lain bagi meyakinkan mereka bahawa tugas mereka dihargai sepenuhnya oleh kerajaan.

Malah, gaji pegawai dan kakitangan penjara juga akan diselaraskan sama seperti anggota polis yang diamalkan sebelum ini.

“Elaun Cola tidak dipotong (RM150) bagi penjawat awam yang menduduki kuarters kerajaan di Putrajaya,” katanya.

freemalaysiatoday

5mei

2 thoughts on “MANIFESTO PAKATAN RAKYAT 2013

  1. manifesto x serupa bikin! janji lama pon TAK DITEPATI, berani pula nak buat janji baru! PORRRAAHHHH!!

  2. Hanya orang yang tarak otak ja yang percaya janji ni. Biarkan mereka terjun dengan labu labi dan babinya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s