Najib, Rosmah Disaman Deepak RM3 Bilion, Tak Jujur Selepas Terima Bayaran?

Najib Altantuya 120412KUALA LUMPUR: Ahli Perniagaan Deepak Jaikishan akan memfailkan saman bernilai RM3 bilion terhadap perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, adik Datuk Nazim Razak serta kerajaan Malaysia minggu depan.

“Kita berharap segala dokumen akan disiapkan Isnin ini dan difailkan di mahkamah,” kata beliau dalam wawancara dengan laman web Free Malaysia Today hari ini.

Saman ini dibuat ekoran kegagalan mereka mempastikan projek yang diberikan kepadanya berjalan lancar sedangkan wang sudah dibayar kepada mereka.

Besok, katanya, buku kedua beliau bertajuk ‘The Black Magic Woman’ akan dilancarkan.

Ia mengandungi pelbagai cerita tentang isteri perdana menteri yang pernah menjadi rakan perniagaan beliau selama lebih lapan tahun sebelum ini.

Menurut Deepak dalam wawancara itu, Rosmah bukan saja menggunakan bomoh ke atas suaminya bahkan juga ke atas bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan menantunya Khairy Jamaludin.

Hanya Tun Dr Mahathir saja yang terselamat, dakwa Deepak.

harakahdaily

Share

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s