Bukti UMNO Seleweng – Pakatan Bina Sekolah RM4.9 Juta, UMNO Bina RM12 Juta!

Sekolah-Tamil-Midland-03KUALA LUMPUR 14 Feb: Kerajaan Selangor hanya berbelanja RM4.9 juta bagi membina Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Midlands berbanding RM12 juta kos yang digunakan kerajaan Umno bagi pembinaan sebuah sekolah di Shah Alam.

Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, berkata ia berikutan sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran  Selangor, semua kontrak pembinaan sekolah diberi secara tender terbuka supaya kos tidak melambung.

“Kita lantik kontraktor melalui tender terbuka, jadi kos pun kurang. Berbeza dengan Umno yang beri kontrak kepada kroni. Bazir wang tetapi kualiti kerja tak memuaskan,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad semalam mendedahkan kerajaan Umno akan membina sekolah rendah dengan 12 bilik darjah di U-10 Shah Alam dengan kos dianggar RM12 juta.

“Bermakna setiap bilik darjah itu kosnya adalah RM1 juta,” katanya dipetik TV Selangor.

Sekolah Midlands yang dirasmikan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim pada 15 April 2012 dianggap terbaik dan termoden di negara ini dengan dewan besar dan makmal canggih.

Malah, sekolah yang mampu menempatkan kira-kira 2,000 murid itu tidak sesen pun menggunakan peruntukan kerajaan pusat. Sebelum ini, murid terpaksa belajar dalam bilik darjah berdinding papan dan lantai simen retak, selama 50 tahun.

Manikavasagam berkata, banyak sekolah di Selangor yang dibina ketika pentadbiran Umno BN, menelan belanja yang tinggi tetapi tiada berkualiti.

“Sekolah Tamil Methodist, misalnya, hadapi masalah tandas tersumbat dan paip bocor  hinggakan PIBG sekolah terpaksa cari dana untuk perbaiki kerosakan,” katanya yang mendedahkan Perdana Menteri  ada melawat sekolah itu tahun lalu dan menjanjikan dana membaiki sekolah tetapi ia tidak ditunaikan.

“Sebuah sekolah di Bukit Raja pun hadapi perkara sama. Baru empat tahun dibina tetapi macam-macam rosak. Itulah hasil kerja Umno BN. Kos melambung, kualiti teruk,” katanya.

keadilandaily

Share

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s