Rosmah Guna Bomoh Kuasai Pentadbiran Kerajaan, Kawal Kontrek Kem Kewangan?

rosmah-mansorKUALA LUMPUR 13 FEB: Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan bomoh untuk menguasai pentadbiran kerajaaan termasuk mengawal kontrak Kementerian Kewangan, kata ahli perniagaan, Deepak Jaikishan.

Rosmah guna ilmu sihir untuk menundukkan suaminya, Najib, kata Deepak.

“Rosmah juga menggunakan ilmu sihir terhadap musuh politik, malah menggunakan bagi ‘menundukkan’ suaminya, Datuk Seri Najib Razak,” katanya.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Deepak juga mengakui bertanggungjawab membayar dan membawa bomoh berkenaan untuk bertemu Rosmah apabila diminta berbuat demikian.

“Saya yang bawa bomoh itu ke rumah Rosmah di Kuala Lumpur, menyediakan hotel penginapan, tiket perjalanan, malah nombor akaun bomoh itu pun saya ada,” katanya.

Beliau berkata, Rosmah juga menggunakan bomoh berkenaan untuk ‘menundukkan’ sebahagian pemimpin Umno BN yang dirasakannya perlu bagi kepentingan sendiri.

“Bomoh itu digunakan untuk orang akur atau perlu diakurkan. Saya sendiri saksikan upacara perbomohan,” katanya tetapi enggan menjelaskan butiran lanjut.

Deepak juga mengakui memiliki bukti berbentuk gambar, nama, alamat, bayaran berkaitan penggunaan khidmat bomoh yang bakal dimuat dalam buku keduanya.

Beliau yang diketahui umum rapat dengan Rosmah sebelum ini hingga menganggap isteri Perdana Menteri itu sebagai ‘kakak’ bercadang mendedahkan butiran lengkap melalui buku berjudul ‘Black Rose 2.0: Black Magic Women.’

Katanya, buku setebal 47 halaman itu yang dijadual dimuat naik ke internet mulai 16 Februari ini, bakal memapar kecenderungan Rosmah terhadap amalan ilmu hitam.

“Gambar upacara ilmu hitam itu juga dimuatkan dalam buku berkenaan,” kata Deepak.

Mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini yang meminta supaya Najib tidak melayan pendedahannya, Deepak berkata:

“Mereka boleh tak pedulikan saya tapi mereka tidak boleh nafikan kebenaran dan hukuman tuhan. Saya simpati pada Najib sebab ada isteri sejahat itu,” kata Deepak.

keadilandaily

Share

2 thoughts on “Rosmah Guna Bomoh Kuasai Pentadbiran Kerajaan, Kawal Kontrek Kem Kewangan?

  1. dunia ini dah dkt di penghujungnya!dktkn diri pada Allah.azab Allah lebih pedih.serahkn pada ketentuan Allah yg maha bijaksana.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s