Najib Serah Projek Janakuasa Dengan Harga Terlalu Tinggi RM2.47 Bilion Pada Samsung?

Samsung-logoPUTRAJAYA: Penyelaras Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)mengenai proses penganugerahan tender pembinaan stesen janakuasa elektrik, Prai Power Plant kepada syarikat asing, Samsung  Engineering& Construction.

Beliau membuat aduan tersebut di pejabat SPRM di sini hari ini.

Badrul Hisham menyerahkan laporan setebal 20 muka surat yang mengandungi beberapa dokumen termasuk bukti proses pemberian tender bagi membantu siasatan.

Selain itu, beberapa keping gambar yang menunjukkan pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta anaknya dengan Presiden Samsung untuk melobi di Korea Selatan turut diserahkan.

Dalam laporannya, Badrol Hisham mempersoalkan nilai kontrak yang diberikan kepada Samsung dengan harga yang amat tinggi, RM2.47 bilion sekaligus mengenepikan syarikat tempatan lain yang mempunyai pengalaman sama.

Beliau mendakwa, Prai Power Plant yang berkapasiti 100 megawatt sama seperti kemampuan Manjung Power Plant namun kosnya tidak keterlaluan seperti Prai.

Beliau turut mendakwa, Samsung sama sekali tidak ada dalam sembilan syarikat pembida yang disenarai pendek dalam jawatankuasa tender.

`Pengkhianatan ekonomi’

Antara pembida tersenarai adalah Sime Darby Power Sdn Bhd, Gentinf Sanyen Power Sdn Bhd, usaha sama Malakoff Corp Bhd dengan Petronas Power serta Mitsubishi Group dan usaha sama YTL Power International Bhd dengan Marubeni Corp of Japan.

“Membiarkan projek bernilai tinggi hanya dimonopoli tanpa perkongsian syarikat tempatan adalah pengkhianatan kepada ekonomi negara.

“Semua ini merupakan persoalan yang perlu dileraikan dan memerlukan respon daripada pihak terbabit.

“SPRM perlu ambil tindakan tegas sama ada mengheret pesalah yang membazirkan wang rakyat atau membersihkan pihak terbabit dengan menyatakan tiada salah guna kuasa berlaku,” katanya.

Samsung Engineering & Construction pernah terlibat dalam beberapa projek mega di Malaysia, antaranya pembinaan menara kedua KLCC.

Namun rekod menyatakan pembinaan tersebut hampir sepenuhnya menggunakan khidmat kontraktor Korea Selatan dan luar negara yang dipilih sendiri, malah langsung tidak ada perkongsian dengan syarikat tempatan.

freemalaysiatoday

Share

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s