KWSP, KWAP Rugi RM75 Juta Kerana Beli Saham FGVH Yang Sedang Merudum?

fgv-sharepricePKR mendakwa, dua dana pencen – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) – secara kolektif mengalami kerugian atas kertas yang dianggarkan RM75 juta akibat membeli saham Felda Global Ventures Holdings (FGV).

Pengerusi biro pelaburan dan perdagangan PKR, Wong Chen (kanan) berkata ini kerana dana pencen tersebut telah membeli saham FGV walaupun penganalisa pasaran secara amnya tidak mengesyorkannya sejak 9 Ogos tahun lepas.

Namun begitu, kata Wong, KWSP sejak itu telah membeli 46 juta saham manakala KWAP membeli 10 juta, menjadi keseluruhan saham masing-masing berjumlah 275 juta dan 253 juta.

Jika ramalan penganalisa betul, Wong memberi amaran bahawa kerugian KWSP mungkin lebih buruk, dari RM40 juta kepada RM146 juta dalam tempoh 12 bulan, manakala KWAP pula dari RM35 juta kepada RM129 juta dalam tempoh yang sama.

Ini adalah berdasarkan kepada data yang disusun oleh penyedia data kewangan, Bloomberg, katanya, yang mendapati 21 penganalisa percaya bahawa secara purata, harga saham FGV akan merosot dari RM4.60 kepada RM4.19 dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Beliau juga memetik Alliance Research Sdn Bhd yang meramalkan sasaran harga paling buruk untuk tempoh 12 tahun, iaitu RM3.53 sesaham. Ini akan bermakna kerugian atas kertas kira-kira RM327 juta bagi KWSP dan RM295 bagi KWAP.

Dalam screenshot dari terminal Bloomberg yang ditunjukkan kepada media, 21 penganalisis nampaknya berbelah bagi sama ada hendak menjual saham atau menyimpannya. Hanya dua mengesyorkan ia harus dibeli.

“Jadi siapakah pengurus dana yang KWSP dan KWAP dengar? Jika mereka mendengar penganalisa pasaran yang dilatih untuk melakukan penyelidikan seumpama ini, maka sudah tentu mereka tidak akan beli, tetapi mereka sebaliknya membelinya! Mengapa?”

malaysiakini

Share

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s