Dokumen RM207 Bilion Pampasan Buruh Paksa Yang Sudah Diterima UMNO/BN?

nizar

Sila lihat dokumen dibawah

KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin hari ini mendedahkan beberapa dokumen penting yang menunjukkan kerajaan Malaysia memang telah menerima wang sebanyak RM207 bilion dari kerajaan Jepun sebagai pampasan kepada rakyat Malaysia yang terlibat dalam pembinaan landasan keretapi maut Jepun.

(Surat dari Kementerian Kewangan kepada Persatuan)

Dokumen itu berupa surat permohonan dari Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buroh Binaan Landasan Keretapi Siam ke Burma 1942-1946 (Persatuan) yang jelas menyatakan jumlah RM207 bilion yang dituntut itu.

Surat permohonan ini dibuat oleh Persatuan kepada Perdana Menteri pada 27 Julai 2011.

Pendedahan ini dibuat Nizar dalam sidang media khasnya hari ini. Beliau meminta agar pihak kerajaan membuat penjelasan terhadap semua dokumen itu dan menjelaskan di mana wang itu sekarang jika ianya benar-benar wujud.

Nizar juga menunjukkan kepada media dokumen pengesahan dari pelbagai kementerian dan jabatan serta pejabat Peguam Negara mengenai tuntutan itu.

(Surat dari Jabatan Peguam Negara kepada Persatuan)

Antaranya, Bahagian Pengeluaran, Kementerian Kewangan Malaysia dalam suratnya kepada Persatuan berkata, “Sukacita dimaklumkan bahawa tuntutan pengeluaran berjumlah RM207 bilion telah diangkat untuk tindakan dan kelulusan Kerajaan di mana prosesnya telah dimaklumkan ke Peguam Negara dan peringkat Kementerian Sumber Manusia.”

Surat bertarikh 29 Mac 2011 ini telah ditandatangani oleh Datuk Hajah Zalekha bt Hassan, Bahagian Pengeluaran Bayaran.

Jabatan Peguam Negara pula dalam suratnya kepada Persatuan berkata, “Untuk maklumat, perkara tersebut perlu dirujuk kepada Kabinet untuk kelulusan. Kertas Kabinet sedang disediakan untuk tindakan seterusnya.”

Surat ini ditandatangani oleh Hasin bin Razak, Deputy Director of Management Division, Attorney General Chambers.

Nizar sebelum ini ketika berucap dalam Dewan Rakyat meminta Perdana Menteri menjelaskan tuntutan Persatuan ini namun tidak ada sebarang penjelasan dibuat mengenainya.

Baru-baru ini, beliau ke Kedutaan Jepun untuk berbincang mengenainya. Wakil kedutaan mengesahkan beliau pernah mendengar mengenainya tetapi hanya mengesahkan pembayaran pernah dibuat tetapi tidak menyebutkan angkanya. Beliau akan merujuk balik kepada Tokyo mengenainya.

Wakil Kedutaan kemudiannya menafikan wang RM207 bilion itu yang dirujuk.

jepun_ag

jepun_mof

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s