Ketua Wanita UMNO Selangor Menipu Deepak Dalam Skandal Tanah RM400 Juta?

Nampaknya Deepak Jaikishan yang umum sudah tahu mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan isteri Perdana Menteri Najib Razak, mula tawar hati kepada pasangan itu mahupun ahli-ahli Umno yang lain.

Deepak, penjual karpet yang telah berkecimpung dalam perniagaan besar yang lebih menguntungkan mula menuduh ketua sayap wanita Umno, Senator Raja Ropiaah Abdullah mencuri tanah bernilai RM400 juta daripada syarikatnya, Astacanggih Sdn Bhd dan menjual sebahagian daripadanya kepada pihak ketiga.

Dalam temubual ekslusif bersama Malaysia Chronicle, Deepak juga menuduh ahli keluarga Najib telah meraih komisyen berjumlah jutaan ringgit melalui Najib yang telah menswastakan tanah milik Kementerian Pertahanan kepada Raja Ropiaah pada tahun 2005 dibawah projek Puspahanas.

“Ropiah yang tidak mempunyai pengalaman hanya bergantung pada sokongan Najib untuk mendapatkan kontrak,” jelas Deepak pada Malaysia Chronicle.

Dia enggan memberi nama ahli keluarga Najib yang telah meraih komisyen itu, tetapi ada spekulasi menyebut bahawa orang itu merupakan Rosmah kerana dia sering melibatkan diri dalam urusan perniagaan Najib.

Puspahanas singkatan untuk Pusat Pengajian Pertahanan Nasional, merupakan sebuah projek bernilai RM100 juta yang diberikan kepada firma Ropiaah, Awan Megah (M) Sdn Bhd untuk membangunkan tanah bagi membina sebuah pusat penyelidikan yang menyerupai unit perisikan MI5 di Britain bagi Kementerian Pertahanan Malaysia.

Raih jutaan ringgit

Deepak yang mula dikenali di Malaysia berikutan pendedahan skandal Najib atas pembelian dua kapal selam Scorpene dan pembunuhan misteri penterjemah Mongolia, telah menafikan mempunyai sebarang motif politik.

“Tidak, ini bukan untuk saya. Saya hanya mahu membangungkan tanah itu. Saya bukanlah orang suruhan bagi mana-mana bahagian Umno yang mahu menjatuhkan Najib mahupun Raja Ropiaah. Saya juga tidak bertindak bagi pihak Pembangkang,” kata Deepak lagi.

Dia turut menuduh Najib, yang ketika itu Menteri Pertahanan, sebagai ” tidak bertanggungjawab” atas transaksi yang kini “terbengkalai”.

“Saya sudah bosan dengan semua ini. Saya ahli perniagaan dan sudah terlalu lama menunggu. Saya juga telah menulis surat kepada Najib tetapi dia gagal mengambil sebarang tindakan. Dia hanya berdiam diri sahaja,” tambah Deepak.

“Raja Ropiah pula persis mentornya, Sharizat Jalil. Cuma bezanya, Sharizat tidak meletakkan namanya atas apa-apa pun tidak seperti Ropiaah

Seperti mentornya?

Deepak merujuk kepada bekas Menteri Wanita, Sharizat Jalil yang suaminya telah didakwa atas jenayah pecah amanah berikutan skandal Pusat Feedlot Kebangsaan yang bernilai RM 250 juta.

Shahrizat kekal sebagai ketua Wanita Umno tetapi pelantikannya sebagai Senator tidak disambung dan ia telah diberikan kepada Raja Ropiaah pada bulan April. Ramai yang berada dalam sayap itu merujuk kepada Ropiaah sebagai ketua ‘de facto’ kerana mengikut jejak langkah Shahrizat yang telah jatuh ketika mengetuai wanita Umno.

Sementara itu, Raja Ropiaah enggan mengulas selain memberitahu bahawa peguamnya akan meneliti perkara itu.

Peguam Ropiaah akan teliti

Deepak telah membuat laporan polis terhadap Raja Ropiaah dan syarikatnya Awan Megah. Syarikat Deepak juga menyaman Kementerian Pertahanan, Pejabat Tanah dan Galian, Raja Ropiaah dan Awan Megah atas tindakan spesifik, tidak melepaskan hakmilik tanah serta “mencuri tanah”. (sila skroll ke bawah untuk imbasan dokumen)

Menurut Deepak, tanah seluas 223 ekar di Bukit Raja, Selangor telah dijual kepada Raja Ropiaah pada harga RM7 kaki persegi atau kira-kira RM72 juta, telah dijual lagi kepada Astacanggih iaitu firmanya pada RM12 kaki persegi atau kira-kira RM120 juta. Ia kini bernilai antara RM40 kaki persegi atau RM400 juta.

Deepak juga mendakwa raja Ropiah telah menjual sebahagian daripada tanah itu kepada GuppyUnip Sdn Bhd pada nilai RM16 kaki persegi.

Bagi kami, dia sememangnya pencuri dan pihak saya akan menyamannya kerana mencuri tanah kami,” ujar Deepak.

malaysia chronicle

Share

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s