UMNO Pengkhianat – 10,000 Pendatang Myanmar Diberi Kerakyatan Di Stadium KLFA?

SALAH seorang pengguna facebook, Shirley Gabriella mendedahkan, pada pukul 6:45 am Jumaat lalu beliau terkejut apabila menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri, ribuan warga asing Myanmar diberi kerakyatan.

Beliau menganggarkan sekitar 10,000 warga asing berbangsa Myanmar menunggu di Kuala Lumpur Football Association Stadium (KLFA stadium) untuk diberi kerakyatan oleh Kerajaan Malaysia dengan satu syarat, mereka mestilah beragama Islam dan boleh mengucap dua kalimah syahadah.

Menurutnya lagi, ribuan warga asing ini bukan menerima taraf penduduk tetap (permanent resident), bahkan mereka diberikan taraf warganegara (Permanent Citizenship) oleh Kerajaan Malaysia.

Di bawah ini mesej yang ditulis oleh beliau di halaman facebook miliknya.

Menulis di ruangan komen statusnya itu, beliau mengizinkan orang ramai untuk menyebarkan berita ini . Persoalan di sini, apakah kelayakan yang membolehkan ribuan warga Myanmar ini diberikan kerakyatan secara beramai-ramai?

Adakah Malaysia sudah kekurangan rakyat sehinggakan perlu memberikan kerakyatan segera kepada bangsa asing? Atau ribuan warga Myanmar ini akan dibenarkan untuk mengundi pada pilihanraya Umum akan datang bagi memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional?

Barangkali pendedahan ini akan merungkai kisah penempatan orang-orang Myanmar yang telah diberi kerakyatan di kawasan Parlimen Pekan, Pahang untuk menyelamatkan karier politik Najib Razak.

Penduduk kampung ini dipercayai telah diberikan hak kerakyatan dan diarah untuk mengundi Barisan Nasional di parlimen tempat Najib Razak bertanding rujuk sini [Pemuda Sarawak]

harakahdaily

Share

One thought on “UMNO Pengkhianat – 10,000 Pendatang Myanmar Diberi Kerakyatan Di Stadium KLFA?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s