UMNO Beri 1014 Hektar Hutan Simpan Kepada Pengerusi MCA Di Negri Sembilan?

PETALING JAYA 2 November: KEADILAN hari ini mendedahkan, 1014 hektar tanah hutan simpan tetap di Mukim Serting Ulu, Jempol diberi kepada ASLI-YNS Sdn Bhd, syarikat milik Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Senator Dr Yeow Chai Thiam.

Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Sembilan pada 3 Mac 2004 meluluskan permohonan Yayasan Negeri Sembilan (YNS) untuk meminda keputusan pemberian milikan tanah itu bagi perladangan getah kepada ASLI-YNS.

Beliau turut menunjukkan salinan surat dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan yang menyatakan kelulusan itu.

“Lebih memalukan syarikat ini hanya ada modal keseluruhan sebanyak RM10, dan Yeow hanya miliki pelaburan berjumlah RM5 sahaja,” jelasnya sambil menunjukkan salinan maklumat syarikat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini, hari ini.

Rafizi berkata, walaupun nama syarikat itu seolah-olah menggambarkan ia adalah usahasama dengan YNS, carian rasmi di SSM mengesahkan ia dimiliki oleh Yeow.

Menurut salinan maklumat SSM yang turut dilampirkan, ASLI-YNS juga dimiliki Chan Ah Meng dengan pelaburan RM2 dan Yong Ing Kiat pula RM3.

Pendedahan terbaru ini menyangkal dakwaan Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hassan tempoh hari bahawa tanah hutan simpan tersebut dimiliki YNS dan hanya dipajak kepada pihak swasta.

keadilandaily

Share

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s