UMNO/BN Songlap RM207 Bilion Wang Pampasan Buruh Paksa Landasan Keretapi?

KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terus mempersoalkan ke mana wang pampasan sebanyak RM207 bilion hak milik waris buruh paksa landasan keretapi Siam-Burma dibelanjakan serta disalurkan.

Ketika ditanya mengenai perkembangan terkini wang pampasan tersebut, beliau berkata terdapat maklumat mengatakan perkara itu telah selesai.

Namun beliau sendiri belum pasti dalam bentuk apakah ia diistilahkan sebagai telah selesai.

“Ada usaha mengatakan isu ini telah selesai dan pihak persatuan juga mengatakan mereka menerima surat dan memberitahu isu ini telah selesai.

“Tetapi saya sendiri tidak mengetahui apa yang telah selesai, sedangkan sewaktu saya kemukakan di Parlimen sehinggalah penggulungan tidak ada jawapan dari menteri berhubung isu tersebut,” katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Malah beliau juga turut bertemu Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim dan bertanyakan kenapa kementerian tidak memberi maklum balas berhubung isu tersebut.

Namun, Donald Lim menyatakan tidak mengetahui dan meminta Nizar menulis surat kepada kementerian bagi mengetahui status sebenar.

“Saya akan ketengahkan isu ini dan ia merupakan isu yang besar apatah lagi kebanyakan mereka yang terlibat merupakan ahli Umno.

“Saya akan membawa ahli persatuan dan mereka yang masih hidup ke Parlimen bagi mengetengahkan permasalahan ini dan menjelaskan kepada rakyat,” sambung beliau lagi.

Beliau yang terus memperoalkan apa yang sebenarnya berlaku terhadap wang pampasan tersebut sedangkan ada dokumen-dokumen yang mengatakan ia berada dalam simpanan perbendaharaan.

“Kerajaan perlu jelaskan dan kita tidak mahu wang tersebut lesap begitu sahaja. Kalau di Indonesia, Filipina mahupun Vietnam bila Jepun menyerahkan wang pampasan terus diberikan kepada rakyat kenapa tidak di negara ini,” soal beliau.

Sebelum ini, Nizar telah membangkitkan perkara itu di Dewan Rakyat ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 pada 10 Oktober lalu.

Nizar memaklumkan waris mangsa tidak mendapat wang pampasan tersebut biarpun ia telah diserahkan kepada kerajaan Malaysia sebelum ini.

harakahdaily

Share

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s