Nazri Aziz Lindung Temannya Michael Chia Dalam Skandal RM40 Juta UMNO Sabah?

PKR mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz ada ‘hubungan baik’ dengan ahli perniagaan, Michael Chia, individu yang dikaitkan dengan dana politik RM40 juta yang disalurkan kepada Umno Sabah.

Pengarah Strateginya, Mohd Rafizi Ramli berkata, pihaknya memperoleh bukti bahawa individu terbabit mempunyai hubungan baik dengan keluarga menteri terbabit.

“Bukti yang kami perolehi sejak setahun lalu, salah seorang anak menteri berkenaan menggunakan kenderaan mewah jenis Hummer milik individu berkenaan.

“Persoalannya sekarang jika benar mereka ini tiada hubungan, kenapa anak menteri terbabit menggunakan kenderaan itu, malah dalam Dewan Rakyat menteri berkenaan dilihat mempertahankan individu berkenaan ketika Ahli Parlimen pembangkang mempertikaikan sumbangan kepada Umno Sabah,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Mohd Rafizi berkata, individu terbabit turut disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tetapi menteri tersebut bermati-matian mempertahankannya.

Katanya, PKR percaya berlaku unsur rasuah diantara menteri dan individu berkenaan berdasarkan manfaat kewangan melalui penggunaan kereta mewah itu.

“Kami mahukan jawapan daripada menteri berkenaan, kerana sikapnya yang mempertahankan individu terbabit, malah beliau juga pernah menafikan ada hubungan dengan individu berkenaan.

“Bagaimanapun bukti yang kami perolehi amat berlainan sekali, kerana mereka dilihat mempunyai hubungan baik,” katanya.

Sementara itu, Nazri menafikan mempunyai sebarang kepentingan dengan mana-mana individu yang dipertahankan beliau.

“Ini tidak benar, saya dengan Chia adalah rakan, jika dia dipinjamkan kereta saya tidak tahu, anda kena tanya anak saya,” katanya.

Nazri juga menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai pengaruh ke atas SPRM atau badan kehakiman.

sinar harian

Share

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s