Laporan Audit 2011 – Zahid Hamidi ‘Leburkan’ RM3.2 Bilion Duit Rakyat, Bina Kuarters Tiada Kualiti!

Laporan Ketua Audit Negara yang dikemukakan ke Parlimen hari ini mendapati kontrak untuk membina kuarters untuk kakitangan yang berkahwin menelan kos sebanyak RM3.21 bilion namun hasil projek berkenaan dinyatakan tidak memuaskan.

Kos untuk 38 projek tersebut – melibatkan 9,455 unit kuarters dari jenis pangsapuri hingga banglo – pada asalnya dianggarkan menelan kos RM1.74 bilion namun meningkat 84 peratus kepada RM3.21 bilion.

Laporan itu menyebut, hanya satu daripada projek yang diaudit itu, yang merupaan sebahagian daripada Rancangan Malaysia Ke-9, dianugerahkan melalui tender terbuka manakala bakinya melalui rundingan terus, tender terhad atau dengan sebut harga.

Enam daripada projek ini terletak di Lembah Klang dan dianugerahkan kepada Syarikat USL – satu kerjasama di antara Syarikat Perumahan Negara Bhd dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera Sdn  Bhd.

Menurut laporan tersebut, USL didapati “tidak berpengalaman” dan pegawai teknikal syarikat itu pula “kurang kompeten” untuk menyiapkan projek tersebut.

malaysiakini

Share

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s