Zambry Kadir Jual Aset Penting Negeri Perak Kepada Kroninya?

IPOH: PAS Negeri Perak terkejut dikhabarkan bahawa beberapa aset penting negeri seperti Rumah Perak di Batu Ferringhi, Pulau Pinang telah dijual.

Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Negeri, Salman Saleh berkata, PAS ingin mendapatkan kepastian daripada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tentang perkara tersebut.

“Adakah benar rumah tersebut telah dijual kepada ‘orang’ Datuk Seri Zambry?,” soal beliau ketika ditemui Harakahdaily di Pejabat PAS Perak, dekat sini.

Menurutnya, persoalan juga timbul jika ianya benar, kenapa Kerajaan Negeri menjual aset Perak itu dan apakah rasionalnya.

“Adakah Kerajaan Negeri Perak pimpinan Datuk Seri Zambry menghadapi masalah kewangan untuk menampung kos pentadbiran negeri sehingga terpaksa menjual rumah tersebut?

“Mungkinkah kerana Kerajaan Negeri Pulau Pinang kini dikuasai oleh Pakatan Rakyat? ,” soal beliau.

Beliau yang juga Setiausaha Pemuda PAS Negeri menyoal, adakah kerajaan negeri sudah membeli rumah yang baru bagi menggantikan rumah yang telah dijual itu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, persoalan-persoalan ini menuntut penjelasan segera dari Zambry kerana ianya melibatkan maruah dan integriti kepimpinan kerajaan negeri.

Katanya, PAS Perak juga mahu penjelasan siapakah pembeli rumah tersebut dan apakah hubungannya dengan Zambry jika ianya telah dijual.

“Mengapakah tindakan untuk menjual Rumah Perak tersebut diambil dan apakah faktor sehingga memaksa penjualan rumah tersebut yang boleh dianggap amat bernilai dan berstrategik di Pulau Pinang,” katanya.

harakahdaily

Share

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s