Rakyat Rugi RM4 Bilion Akibat Kuota Ekspot Minyak Sawit Diberi Kepada Kroni UMNO?

PETALING JAYA 14 September: KEADILAN mendedahkan hampir semua kuota eksport bebas cukai (CPO) untuk mengeksport minyak sawit mentah diberikan kepada kroni Umno BN.

Pendedahan itu dimaklumkan Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan, Wong Chen pada sidang medianya di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.

Katanya, perkara itu membolehkan kroni-kroni Umno BN terlepas dikenakan cukai hingga menyebabkan negara kerugian RM4 bilion pada tahun ini.

“Sebilangan pemegang CPO bukan di kalangan pengusaha minyak sawit. Mereka adalah saudagar Umno BN yang ghairah untuk mendapatkan keuntungan besar,” katanya.

Menurut Chen, tindakan kerajaan menaikkan kuota CPO daripada 3.6 juta kepada 5.6 juta tan metrik menyebabkan lebih banyak minyak mentah dibawa ke luar negara sekaligus menjejaskan pasaran dalam negara.

Tambahnya, industri penapisan minyak sawit di negara ini mengalami krisis kerana hanya mampu menampung 60 peratus kapasiti dalam negara.

Beliau turut mempersoal tindakan kerajaan merahsiakan penerima kuota CPO kononnya ia dianggap rahsia rasmi kerajaan.

“Dua hari lalu, pada Forum Minyak Sawit Antarabangsa di ibu negara, kami mendapat maklumat nama-nama penerima kuota tidak boleh disiarkan kononnya rahsia rasmi.

“Tindakan mengejut ini sedikit sebanyak memberi penjelasan mengapa kerajaan Umno BN memilih untuk menaikkan kuota CPO.

“Pendedahan ini menyokong kepercayaan bahawa sebilangan besar pemegang kuota bukan pengusaha minyak sawit tetapi kroni Umno BN,” katanya.

Justeru, beliau mencabar Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi mendedahkan keseluruhan penerima kuota CPO tersebut.

Menurut Chen, kerajaan seharusnya telus dalam menguruskan kuota CPO tersebut bagi mengelakkan berlaku lebih banyak ketirisan.

Katanya, dengan ketelusan, sekurang-kurangnya RM2 bilion hasil cukai dapat diselamatkan untuk perbendaharaan negara.

“RM2 bilion bukan jumlah yang kecil. Ia cukup untuk menampung separuh kos dasar pendidikan tinggi percuma bagi menggantikan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional),” katanya.

keadilandaily

Share

2 thoughts on “Rakyat Rugi RM4 Bilion Akibat Kuota Ekspot Minyak Sawit Diberi Kepada Kroni UMNO?

  1. abang, lu ckap bn/umno punya kroni.bukti mana abang? lu ingat rakyat semua bodoh ka? black and white mesti ade ma. kalau betul itu umno/bn selewengkan wang, lu ada bukti,lu dakwa maa.mcm itu pkfz sama nfc punya time,lu dakwa la.sikalang itu sharizat lembu sudah letak jawatan. dakwa la..lai..lai..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s