Pemimpin UMNO/BN Songlap RM500,000 Geran Bantuan Diberi Kepada PBPM?

Antara dokumen PBPM yang disertakan sebagai bukti

KUALA LUMPUR 17 September: Satu laporan dibuat terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan geran bantuan kebajikan Perdana Menteri (PM) sebanyak RM500,000 yang diberikan kepada Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM).

Laporan oleh Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard itu dibuat di Georgetown, Pulau Pinang, semalam.

Ia berikutan pendedahan satu set dokumen membuktikan bagaimana geran bantuan tersebut diseleweng sebanyak RM200,000 untuk dibayar kepada orang tengah sebagai komisen.

Dokumen yang ditemui Chegu Bard di rumahnya di Nibong  Tebal 12 September lalu itu menyebut pada 28 Mac 2012 bahawa Kementerian Kewangan telah memaklumkan kepada PBPM mengenai peruntukan sebanyak RM500,000.

Manakala surat maklum balas dari PBPM kepada kementerian mengenai penerimaan tersebut juga telah dinyatakan pada 6 April 2012.

Dokumen tersebut, jelas menyebut nama seorang pemimpin tertinggi BN yang membantu PBPM mendapatkan geran bantuan.

Dalam minit mesyuarat persatuan merekodkan bahawa PBPM perlu membayar RM200,000 kepada sebuah syarikat yang kononnya menjadi orang tengah bagi mendapatkan geran tersebut.

“Mesyuarat pertubuhan tersebut menyebut dengan jelas nama Datuk Seri Chua Soi Lek pada 19 November 2012 berlaku pertemuan di mana persatuan mohon bantuan untuk dapatkan sumbangan dari Jabatan Perdana Menteri,” dedah Chegu Bard dalam kenyataannya.

“Ini membuktikan korupsi dalam negara sudah semakin teruk, apabila bantuan geran kebajikan pun mesti melalui orang tengah untuk dibayar komisen,” kata beliau lagi.

“Pendedahan ini juga meyakinkan bahawa pemimpin BN yang terlibat membantu PBPM mendapatkan geran tersebut, menjelaskan amalan rasuah dan korup senantiasa menjadi rutin dalam kehidupan mereka.

“Pendedahan ini perlu segera diambil tindakan bagi mengheret mereka yang terlibat menjadi orang tengah serta menyalahgunakan kuasa bagi mendapat komisen dan rasuah dari mereka yang memerlukan,” tegas Chegu Bard.

Share

One thought on “Pemimpin UMNO/BN Songlap RM500,000 Geran Bantuan Diberi Kepada PBPM?

  1. “Mesyuarat pertubuhan tersebut menyebut dengan jelas nama Datuk Seri Chua Soi Lek pada 19 November 2012 berlaku pertemuan di mana persatuan mohon bantuan untuk dapatkan sumbangan dari Jabatan Perdana Menteri,” dedah Chegu Bard dalam kenyataannya.

    TARIKH INI BELUM BERLALU, MINYTA PASTIKAN

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s