Abdullah bin Sa`amah DISOGOK RM2 Juta Oleh UMNO/BN Serang Pakatan?

Mustapa menyampaikan sumbangan RM2 juta kepada Pondok Geting

KOTA BHARU: Dengan memiliki hanya 25 pelajar lelaki, Madrasah Al-Najmiah atau Pondok Genting mendapat sumbangan RM2 juta dari Jabatan Pembangunan Persekutuan semalam, 14 Ogos.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamad.

Minggu lalu akhbar Umno membuat kekecohan apabila menyiarkan kenyataan Abdullah Sa`amah kononnya haram mengundi DAP kerana mereka ‘kafir harbi’.

Ekoran itu, pelbagai bantahan dibuat ke atas akhbar Umno itu khasnya Abdullah Sa’amah.

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya misalnya berpendapat bahawa kerajaan yang bermaruah tidak akan membiarkan pihak yang mencabar kuasa mereka seperti tindakan mengisytiharkan perang dengan menggelar golongan tertentu sebagai “kafir harbi”.

Katanya, pandangan bahawa haram bagi umat Islam menyokong DAP yang diutarakan guru pondok, Abdullah Sa’amah itu juga merupakan pendapat “ketinggalan zaman dan bersifat kebudak-budakan”

Namun, tanda tanya mengenai kenyataan itu seolah-olah terjawab semalam apabila Pengerusi Umno Kelantan menyampaikan cek RM2 juta kepada pondok itu.

Pondok ini dinamakan Madrasah Al-Najmiah. Ia diasaskan pada tahun 1983M oleh Abdullah bin Sa`amah.

Ia terletak kira-kira 40 km dari Bandar Kota Bharu dan hanya kira-kira 1 km dari jalan besar Pengkalan Kubor – Kota bharu.

Pengerusi pentadbir pondok ini adalah Haji Abdullah bin Sa`amah.

Antara kemudahan di pondok ini Madrasa, elektrik, air, kolah air, rumah tetamu dan 18 buah pondok untuk pelajar.

Abudullah Bin Sa’amah, ingatlah pada ayat ini dan janganlah engkau ikut jejak langkah tokoh munafik, Abdullah Bin Ubay!

اشْتَرَوْاْ بِآيَاتِ اللّهِ ثَمَناً قَلِيلاً فَصَدُّواْ عَن سَبِيلِهِ إِنَّهُمْ سَاء مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ

ertinya:- Mereka menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit (dari faedah-faedah dunia), lalu mereka menghalangi (dirinya dan orang-orang lain) dari ugama Allah; sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah kerjakan.

harakahdaily

Share

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s