Pendapatan FGVH Susut Kepada RM508 Juta Banding RM2.4 Bilion Sebelum Penyenaraian?

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mendakwa pendapatan Felda kini susut hampir lima kali ganda selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) di Bursa Malaysia.

Presiden ANAK, Mazlan Aliman mendakwa, pendapatan Felda sebanyak RM2.4 bilion sebelum ini susut kepada RM508 juta selepas penyenaraian itu dijalankan.

“Daripada RM2.4 bilion menjadi RM508 juta sahaja. Inilah kesan daripada penyenaraian Felda,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Mazlan turut mendakwa, dua badan kerajaan, Tabung Haji dan Kumpulan Wang Amanah Pencen juga telah menjual sebahagian daripada saham mereka dalam FGV.

“Dua buah syarikat ini sudah jual sebahagian saham mereka. Mereka (FGV) kata dalam masa dua minggu akan naik sampai RM6 tapi sekarang (saham FGV) tak stabil menjadikan seunit (harga) RM5.35.

“Timbul tanda tanya dan sahlah dakwaan kita sebelum ini yang mengatakan FGV tidak berada di landasan yang betul,” katanya lagi.

Beliau juga mendakwa, penyenaraian itu turut memberi kesan kepada bayaran pendapatan untuk peneroka.

Mazlan mendakwa, beliau menerima aduan daripada beberapa peneroka Felda yang menerima pendapatan bulanan mereka lewat daripada tarikh yang ditetapkan.

Kata Mazlan, setiap 14 haribulan, peneroka biasanya akan menerima 14 peratus bayaran bagi hasil pendapatan bulanan mereka.

Bagaimanapun, kini, peneroka hanya menerima bayaran tersebut setiap hujung bulan.

“Tapi bila penyenaraian ini, berlaku ketidaktentuan iaitu ia jejaskan pembayaran kepada peneroka. Mereka hanya akan dapat baki bayaran mereka bila hujung bulan.

“Hasil penyenaraian ini, pendapatan peneroka lewat,” kata Mazlan lagi.

-mkini

Share

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s