Peruntukkan Bagi PRU Ke13 Melambung Dari RM40 Juta Ke RM700 Juta?

KUALA LUMPUR 11 Julai: Senator Dr Syed Husin Ali mempertikai kos RM700 juta yang diperuntukkan kerajaan untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Beliau berkata, kos itu terlalu tinggi sedangkan tiada penambahbaikan terhadap sistem pilihan raya.

“RM400 juta diperuntukkan kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) untuk perbelanjaan mengurus.

“Sebanyak RM300 juta lagi diperuntukkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk perbelanjaan keselamatan,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Semalam, dalam Perbahasan Bajet 2012 di Dewan Negara, Syed Husin mempertikai peruntukan tambahan untuk mengadakan PRU 13 sebanyak RM660 juta berbanding RM40 juta yang diluluskan Parlimen sebelum ini.

Ahli Biro Politik KEADILAN itu turut mempersoal apakah langkah yang diambil KDN untuk mempertingkat keselamatan sedangkan masih banyak keganasan berlaku ketika program Pakatan Rakyat berlangsung.

“Sebelum pilihan raya sudah mula timbul keganasan. Polis tidak melakukan kawalan sebaik-baiknya. Apa jaminan wang yang diperuntukkan itu untuk menjaga keselamatan?” soalnya.

keadilandaily

Share

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s