Bakal Besan Najib, Maira Nazarbayev (Ibu Tunang Nooryana Najwa) Ditahan Di Dubai?

DUBAI 28 Jun: Maira Nazarbayev- bakal besan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipercayai ditangkap di Dubai ketika dalam perjalanan ke Eropah untuk satu percutian.

Free Malaysia-Today (FMT) yang memetik sumber, melaporkan ibu kepada Daniyar Nazarbayez itu ditahan  Jumaat lalu oleh polis Dubai ekoran notis dikeluarkan pihak Interpol, bagi pihak kementerian hal ehwal dalaman Kazakhstan.

“Dia (Maira) ditahan di Dubai sekarang. Dia diwakili oleh tiga firma undang-undang AS dan dia memiliki firma hubungan Awam berpengkalan di New York untuk membantu pertahankan imejnya,” kata sumber itu kepada FMT.

“Dia ditahan di Lapangan Dubai pada 22 Jun,” kata sumber itu lagi.

FMT bagaimanapun tidak dapat mengesahkan secara rasmi penahanan tersebut daripada pihak berkuasa Dubai, manakala E-mail kepada jurucakap Maira, Ronn Torossian juga tidak berbalas.

Maira dilapor tiba di Dubai pada 18 Jun dari Amerika Syarikat, ketika dalam perjalanan menuju ke Eropah untuk bercuti bersama keluarga dan rakan-rakannya.

Anaknya, Daniyar- bertunang dengan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa Jun tahun lalu.

New York Post sebelum ini melaporkan Daniyar menipu bapa tirinya, Bolat Nazarbayez seunit kondominum mewah berharga AS$20 juta (RM60 juta). Ia berdasarkan dokumen mahkamah yang difailkan Bolat, yang juga abang kepada presiden Kazakhstan di Mahkamah Agung Manhattan, Amerika Syarikat.

Akhbar itu juga melaporkan Maira dikehendaki pihak berkuasa kerana terlibat dalam kes jenayah termasuk penculikan dan peras ugut.

keadilandaily

Share

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s