Skandal Scorpene – Dr Mahathir Juga Terlibat Dalam Rasuah Komisyen RM500 Juta?

Rupa-rupanya Dr. Mahathir juga terlibat dalam skandal pembelian kapal selam scorpene dari Syarikat DCNS Perancis apabila laman web Asia Sentinel melaporkan bahawa bekas PM Malaysia pada waktu pembelian itu, Dr. Mahathir yang memberi izin supaya komisyen tersebut disalurkan kepada Syarikat Perimekar!

petikan dari harakahdaily:

KUALA LUMPUR: Laman web Asia Sentinel (AS) melaporkan bahawa mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah bersetuju dengan pelan untuk menyalurkan komisyen pembelian kapal selam Scorpene melalui Perimekar.

Sumber AS adalah kertas pendakwaan skandal Scorpene yang kini berlangsung di Mahkamah Paris, Perancis.

AS melaporkan bahawa apabila kontrak pembelian kapal selam Scorpene hampir menjadi kenyataan, Razak Baginda dan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, menteri pertahanan ketika itu telah cuba mencari pelbagai helah.

Mereka mencari cara bagaimana untuk mendapatkan habuan terbaik untuk mereka sendiri dan Umno dengan menubuhkan pelbagai syarikat di mana dana tersebut akan disalurkan.

“Aktiviti mereka termasuklah penubuhan beberapa syarikat, termasuk Perimekar pada tahun 2000 sebagai satu alat untuk menyalurkan komisyen berjumlah Euro 114.9 juta (atau RM500 juta) kepada Razak Baginda dan yang lain, dengan isteri Razak Baginda sebagai pemegang saham utama.

Pelan tersebut nampaknya mendapat kebenaran Mahathir.

Satu kabel diplomatik kepada Menteri Luar Negara  berkata, “Syarikat yang dipilih oleh kerajaan untuk projek kapal selam ialah Perimekar.

“Pilihan ini adalah subjek dalam satu kenyataan rasmi Kementerian Kewangan kepada Kementerian Pertahanan.

“Nota – keputusan Kementerian Kewangan ini adalah diambil ketika perdana menteri memegang jawatan Menteri Kewangan, selepas Tun Daim keluar,” lapor AS.

Laporan penuh AS yang ditulis oleh John Berthelsen, 25 Jun 2012 boleh dibaca di sini:

http://www.asiasentinel.com/index.php?option=com_content&task=view&id=4626&Itemid=178

Share

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s