Najib Arah Beri Kontrek LRT RM960 Juta Kepada Tan Kay Hock, Teman Main Golf?

Tan Kay Hock (kanan) Bersama Muhyiddin Yasin Dan Chua Soi Lek

Pengarah Stategi PKR Rafizi Ramli mendakwa Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan Prasarana supaya menganugerahkan kontrek tambahan kepada projek LRT Ampang diserahkan kepada sebuah konsortium yang diterajui syarikat George Kent yang dimiliki oleh teman main golf beliau, Tan Sri Tan Kay Hock.

petikan dari freemalaysiatoday:

PETALING JAYA: PKR mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak campur tangan dalam pemberian projek tambahan sistem transit aliran ringan (LRT) Ampang bernilai RM960 juta.

Pengarah Stategi PKR Rafizi Ramli mendakwa Najib sendiri memastikan supaya kontrak tersebut dianugerahkan kepada sebuah konsortium yang diterajui syarikat George Kent.

Menurutnya, konsortium terbabit tidak terpilih melalui proses tender terbuka yang dijalankan oleh syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana).

“Perdana Menteri sendiri pernah berjanji untuk berlaku telus dan memastikan semua kontrak besar dijalankan secara tender terbuka.

“Menurut sumber, Najib sendiri campur tangan untuk pastikan kontrak itu dianugerahkan kepada George Kent sedangkan campur tangan beliau ini tidak disenangi pihak pengurusan Prasarana,” dakwa Rafizi.

Beliau memberitahu surat daripada Pengarah Pengurusan Kumpulan Prasarana kepada Kementerian Kewangan bertarikh 12 Disember 2011 memaklumkan bahawa Konsortium PDA dipilih sebagai kontraktor terbaik projek tersebut.

“Malah surat itu juga memaklumkan kepada Perdana Menteri memohon kelulusan mengeluarkan Surat Tuju Terima kepada Konsortium PDA.

“Akhbar Business Times dalam laporannya juga mengesahkan bahawa Najib bertindak menukar keputusan Prasarana dan menolak proses tender terbuka dalam projek mega yang melibatkan wang rakyat itu,” kata Rafizi.

petikan dari malaysiakini:

PKR akan membuat pendedahan setiap dua hari bermula hari ini mengenai apa yang didakwanya skandal pemberian kontrak pembinaan projek tambahan sistem LRT Ampang yang bernilai  RM960 juta.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (kanan) berkata, projek tersebut yang didakwa dianugerahkan kepada syarikat yang tidak terpilih melalui proses tender terbuka, telah menjejaskan janji pentadbiran Najib untuk membanteras rasuah.

Berikutan itu, tegasnya, PKR akan membuat pendedahan setiap dua hari mengenai skandal tersebut yang bakal menguji komitmen Najib kepada usaha membanteras rasuah dan penyelewengan.

Katanya, pendedahan tersebut adalah juga sebagai balasan kepada tindakan Umno memutarbelitkan keputusannya menarik diri dari Kerajaan Selangor sebagai petanda wujud keretakan dalam pentadbiran kerajaan negeri itu yang ditunjangi PKR.

Sebaliknya, kata Rafizi, beliau mengambil tindakan tersebut untuk menumpukan perhatian merancang strategi pilihan raya PKR.

“Saya menasihati Datuk Seri Najib supaya menangani skandal ini dengan baik demi menjaga imej pentadbiran beliau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi adalah individu yang memainkan peranan penting dalam mendedahkan dakwaan penyalahgunaan pinjaman mudah RM250 juta oleh NFC. milik anggota keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Shahrizat tidak dilantik semula sebagai menteri pembangunan wanita,
keluarga dan masyarakat, manakala suaminya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail didakwa dengan tuduhan pecah amanah jenayah berhubung pinjaman mudah RM250 juta kerajaan kepada NFC.

Berikutan ini,Najib mengambil alih kementerian berkenaan dan tidak melantik ahli parlimen wanita untuk portfolio tersebut.

Mengenai dakwaan skandal pemberian kontrak pembinaan projek tambahan sistem LRT Ampang, Rafizi mendakwa Najib campurtangan dalam tender terbuka untuk memastikan konsortium George Kent memenangi kontrak tersebut yang bernilai hampir satu bilion ringgit.

Beliau mendakwa, PKR mendapat maklumat yang rapat dengan kerajaan bahawa Najib sendiri campurtangan di dalam hal ini untuk memastikan kontrak tersebut dianugerahkan kepada George Kent, sedangkan beliau (Najib) pernah berjanji untuk berlaku telus dan memastikan semua kontrak besar dijalankan secara tender terbuka.

Share

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s