UMNO/BN Beri WWW15 Percuma Kepada Liow Tiong Lai, Rakyat Rugi RM24,200!

JPJ telah mengumumkan bahawa nombor pendaftaran kereta WWW15 telah pun diberikan secara percuma kepada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Ini memang mengejutkan kita semua kerana nombor pendaftaran kenderaan ini sudah pun dibida oleh menteri berkenaan dengan harga bidaan rm24,200.

Apabila JPJ sudah menerima bidaan sebanyak itu, apakah sebab tiba-tiba JPJ mengumumkan no pendaftaran berkenaan diberikan secara percuma?

Dimanakah profesionalisma pihak JPJ kerana JPJ bukan milik UMNO atau perseorangan tetapi milik kerajaan dimana hasil pendapatan kerajaan sebenarnya adalah milik rakyat.

Kalau hendak memberi secara percuma, kenapakah JPJ mengumumkan Menteri Pengangkutan yang menjadi pembida tertinggi bagi nombor pendaftaraan tersebut?

Kalau Datuk Seri Liow Tiong Lai menjadi pembida tertinggi bagi nombor pendaftaran berkenaan kenapa nombor itu diberi secara percuma?

Soalnya, apakah nombor pendaftaran berkenaan diberi kepada Liow Tiong Lai kerana beliau adalah pembida tertinggi atau pun JPJ sengaja hendak berinya secara percuma atas arahan UMNO/BN?

Sepatutnya JPJ hendaklah menjual saja nombor berkenaan kepada mana2 pembida tertinggi dan memasukkan wang itu ke kantung kerajaan dan bukan memberi nombor semahal itu secara percuma kepada seorang menteri.

JPJ boleh beri mana2 nombor selain dari nombor tersebut untuk kenderaan menteri.  Ingat, menteri dibayar gaji dengan wang rakyat dan rakyat akan rugi sekiranya nombor semahal itu diberikan secara percuma.

Kerana kegilaan pemimpin UMNO/BN, rakyat kini kerugian rm24,200!

saronglama

Share

One thought on “UMNO/BN Beri WWW15 Percuma Kepada Liow Tiong Lai, Rakyat Rugi RM24,200!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s