UMNO Khianati Peneroka FELDA – Pelawa Syarikat Yahudi, Louis Dreyfus Memiliki Saham FGVH?

Perjanjian antara Felda dengan Louis Dreyfus sebuah syarikat antarabangsa yang dikuasai keluarga Yahudi

Setelah negara digemparkan oleh Umno/BN apabila terbongkarnya kisah bahawa sebahagian besar ekspot minyak kelapa sawit negara dihantar ke Israel, kini Najib dan Isa Samad pula mempelawa syarikat Yahudi memiliki saham FGV (Felda Global Venture)?

Najib telah mengumumkan pemilikan  saham2 FGV seperti berikut:

Awam 73 juta saham (2% daripada FGVH) Pelabur institusi (KWSP, PNB, Tabung Haji, Louis Dreyfus) 1.5 bilion saham (41% daripada FGVH) Pekerja FELDA 109 juta saham (3% daripada FGVH) Peneroka FELDA 91 juta saham (2.5% daripada FGVH) Pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI 420 juta saham (11.5% daripada FGVH)

Louis Dreyfus yang disebut diatas adalah sebuah syarikat gergasi Yahudi yang berpusat di negara Switzerland. Louis Dreyfus Global mempunyai pejabat dilebih 300 buah negara diseluruh dunia.  maklumat lanjut sila klik disini

Sekali lagi peneroka ‘dianjingkan’ oleh Umno/BN apabila Felda dilibatkan dengan syarikat yahudi.

Umno selalu  menuduh  Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai hubungan dengan Yahudi dan akan pertahankan negara Israel tetapi bagaimana pula dengan Umno yang sekarang ini berbaik dan mempelawa syarikat yahudi memiliki saham FGVH yang diusahakan oleh orang melayu Islam yang tidak mahu apa2 hubungan dengan negara Israel atau mana2 syarikat yahudi?

Penerokaan, pengurusan dan perusahaan FELDA adalah dimiliki hampir keseluruhannya oleh orang2 melayu beragama Islam dan sepatutnya Najib dan Isa Samad tidak mempelawa syarikat yahudi mengambil bahagian dalam penyenaraian FGVH ke Bursa Saham kerana ia bertentangan dengan kehendak peneroka.

Peneroka Felda hanya diperuntukkan 2.5% dari jumlah pegangan saham sementara kakitangan Felda pula hanyalah 3%. Selebihnya melibatkan badan-badan lain yang dijemput masuk oleh Tan Sri Isa Samad, termasuklah Louis Dreyfus sebuah syarikat antarabangsa yang dikuasai keluarga Yahudi.

Peneroka hanya boleh memiliki 2.5 peratus saham FGVH sementara syarikat yahudi Louis Dreyfus boleh memiliki jauh lebih banyak saham dari itu!

Kroni Umno pula akan memiliki 11 peratus melalui peruntukkan saham bumiputera kepada MITI!

Dengan hanya memperuntukkan 2.5 peratus saham FGV kepada peneroka, Najib dan Isa Samad secara tidak langsung sedang memberi isyarat kepada peneroka bahawa mereka tidak memepunyai apa2 kuasa dalam menentukan halatuju Felda!

Apakah peneroka Felda akan terus membenarkan Umno/BN membinasakan masa depan anda dimana setiap langkah yang diambil rejim Umno mengarah kegelapan masa depan Felda!

petikan dari freemalaysiatoday:

Kontroversi penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) semakin hangat apabila PKR mendakwa para peneroka hanya diberi peruntukan sebanyak 91 juta saham atau 2.5% dari jumlah keseluruhan saham di bawah Tawaran Awam Permulaan (IPO – Initial Public Offering).

Data dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) mengesahkan sebahagian besar jumlah saham akan dibolot oleh kroni Umno, yang diistilahkan sebagai “pelabur-pelabur bumiputera yang diiktiraf Miti”.  Mereka diberi peruntukan sebanyak 420 juta saham atau 11.5% dari jumlah saham.

Ketua biro perdagangan dan pelaburan parti itu Wong Chen semalam mendedahkan bahawa para pelabur yang dimaksudkan ialah mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan Barisan Nasional.

Prospektus FGVH menunjukkan peruntukan 2.5% untuk 112,635 peneroka itu sebenarnya adalah kurang dari peruntukan saham untuk para pekerja Felda sendiri. Para pekerja Felda diberi peruntukan sebanyak 109 juta saham atau 3% dari jumlah keseluruhan IPO.

Kenapa para peneroka mendapat jumlah saham yang kurang berbanding dengan peruntukan saham bagi golongan pekerja di Felda yang seramai 3,835 orang itu adalah sesuatu yang sukar dijelaskan.

Jika diandaikan kesemua saham dibeli maka setiap peneroka hanya mendapat 810 saham sedangkan setiap pekerja Felda mendapat sebanyak 28,368 saham.

Berbalik kepada janji yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di mana dalam ucapannya beliau sering mencanangkan bahawa kerajaan pimpinannya sangat mengambil berat tentang hal ehwal kebajikan para peneroka.

“Hanya BN sahaja yang mampu membela nasih para peneroka,” begitulah apa yang sering beliau laung-laungkan di mana sahaja beliau pergi bagi menjustifikasikan niatnya untuk mengapong saham FGVH di Bursa Malaysia.

Kroni Umno untung besar

Keadaan ini menjelaskan kepada kita bahawa tokoh-tokoh korporat dan kroni Umno akan mengaut faedah dan keuntungan yang besar hasil dari titik peluh para peneroka.

Mereka ini tidak perlu berusaha untuk meneroka, meratakan tanah dan menanam tanaman, kalau dulu getah dan sekarang kelapa sawit.

Mereka juga tidak perlu menunggu masa kira-kira tujuh tahun untuk menuaikan hasil seperti peneroka yang berhempas pulas untuk mengerjakannya selama 10 hingga 20 tahun dan lebih.

Dengan kekuatan wang ringgit yang mereka miliki mereka boleh membeli seberapa banyak jumlah saham yang mereka ingini apabila terapong di Bursa Malaysia nanti.

Benarkah Najib prihatin dengan nasib para peneroka atau Najib mempunyai kepentingan lain sehingga membuka ruang kepada golongan kaya untuk menambah kekayaan mereka.

Data dari Miti juga mendedahkan bahawa sebanyak 1.5 bilion saham FGVH iaitu setinggi 41% diperuntukan kepada para pelabur gergasi termasuk syarikat komoditi Peranchis, Louis Dreyfus milik keluarga Yahudi.

Akhbar mingguan bisnes dan pelaburan, The Edge juga menyebut tentang syarikat Yahudi ini di mana Louis Dreyfus akan menerima 4.9 peratus kepentingan dalam FGVH.

Ini mengesahkan kebimbangan kita bahawa berkemungkinan FGVH pada suatu hari nanti, akan jatuh ke tangan Yahudi berdasarkan kekuatan kewangan dan pengaruh mereka di pasaran antarabangsa.

Peruntukan 4.9 peratus ini bermakna syarikat Yahudi itu mendapat peruntukan saham lebih daripada keseluruhan jumlah 112,635 peneroka di negara ini yang hanya mendapat peruntukan sebanyak 2.5 peratus.

Dengan kepintaran mereka dalam selok belok permainan saham dan ditambah dengan kekuatan kewangan yang mereka miliki, maka tidak mustahil syarikat seperti Louis Dreyfus boleh menambah pegangan sahamnya dalam FGVH.

Mereka bebas untuk membeli lebih banyak saham dalam pasaran terbuka, apabila saham FGVH diapongkan nanti.

Walaupun kerajaan menjanjikan bahawa kepentingan majoriti FGVH tetap kekal di tangan para pelabur tempatan, bumiputera dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan tetapi ianya tidak semudah itu.

Melihat kepada saham MAS yang kini jatuh ke paras serendah RM1.08 sesaham yang ditutup semalam, yakinkah kita bahawa kerajaan BN mampu memelihara dan mengawal saham FGVH dari jatuh kepada pelabur-pelabur asing?

Prospektus FGVH dijangka diedarkan Khamis ini dan permohonan sahamnya akan ditutup 10 hari atau dua minggu selepas itu.

-sarong lama

Share

6 thoughts on “UMNO Khianati Peneroka FELDA – Pelawa Syarikat Yahudi, Louis Dreyfus Memiliki Saham FGVH?

  1. I was telling people the same thing but they refuse to listen. If I may add, the issue is not Jewish (ultra-orthodox jews do not believe in the establishment of israel) , but Freemasonry and the New World Order. Louis Dreyfus has links with the families that head this movement. Also, please note that our country’s independence was based on a Freemason agreement, hence, the Bank Negara anubis hound symbol. Money is going out of our country to fund this New World Order.

  2. BN mahupun PKR sama saja,dibawah kawalan Freemason,tukar kerajaan pun tiada makna.

  3. Kita jangan salahkan Freemason ataupun Jewish Zionist tanpa menyalahkan diri kita sendiri. Hari2 Orang Melayu/Islam membeli belah di hypermarket Tesco dan Giant, milik Freemasonry dan Illuminati. Itu sebabnya mereka buka beratus buah hypermarket di Malaysia kerana sokongan Orang Melayu/Islam negara ini. Bilakah kita mahu sedar? Yang lantik kerajaan adalah kita. BN berkuasa kerana diundi oleh rakyat (kita) dalam pilihan raya. Jika pemimpin yang kita undi itu tidak membantu rakyat, kenapa kita undi lagi mereka pada pilihan raya berikutnya? Baca blog saya: drilyasharunmalaysia.blogspot.com

  4. Pingback: Saham Felda semakin susut, apa kata pelabur yahudi pemegang saham? | Berita Metro Harian Utusan Online Terkini | Politik Gossip Artis Malaysia | Air Asia Facebook | Majalah Review Malaysia ™

  5. Pingback: Saham Felda semakin susut, apa kata pelabur yahudi pemegang saham? - Malaysia Stylo

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s